99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Drama Popular Galak Pelancongan di Tempat Penggambaran

Sedutan gambar drama bersiri To the Wonder.

Sedutan gambar drama bersiri To the Wonder.

iQIYI, pembekal perkhidmatan hiburan dalam talian terkemuka di China memaklumkan jumlah masa tontonan dalam kalangan penggunanya meningkat 12 peratus semasa tempoh cuti panjang Hari Pekerja baru-baru ini berbanding tahun terdahulu.

Menurut data yang dikeluarkan, tempoh percutian selama lima hari itu menyaksikan peningkatan mendadak iaitu sebanyak 37 peratus dalam masa tontonan keseluruhan untuk saluran filem iQIYI, dengan filem Pegasus 2, Article 20 dan YOLO masing-masing menduduki tangga pertama, kedua dan ketiga.

Saluran rancangan beraneka itu juga menyaksikan pertumbuhan ketara sebanyak 35 peratus dalam masa tontonan, didorong oleh peningkatan populariti cerita detektif yang mengasyikkan dan pengalaman bertema pertanian dalam drama Keep Running dan Become a Farmer.

Selain itu, para penggemar sukan pula menyumbang kepada lonjakan 71 peratus dalam jumlah masa tontonan. Deretan acara sukan global yang penuh mengujakan turut tersedia di iQIYI pada tahun ini, termasuk Kejohanan Eropah UEFA 2024, Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara Eropah, kejohanan golf terkemuka dan Grand Slam tenis.

Laporan itu juga memperlihat hubung kait menarik antara masa tontonan drama bersiri popular dan populariti lokasi penggambaran yang sepadan.

Misalnya, drama bersiri To the Wonder, yang dipilih untuk CANNESEIES tahun ini, mendapat tarikan walaupun sebelum tayangan rasminya, dengan treler mendapat lebih 3.88 juta tontonan di platform media sosial Weibo. Manakala, Altay di wilayah autonomi Xinjiang Uygur, iaitu lokasi penggambaran drama itu menyaksikan peningkatan ketara sebanyak 37.92 peratus tahunan dalam lawatan domestik sepanjang tiga hari pertama dalam tempoh percutian.

Begitu juga dengan drama bersiri The Knockout yang menyaksikan peningkatan 17 peratus dalam masa tontonan semasa tempoh cuti apabila lokasi penggambarannya di bandar Jiangmen di provinsi Guangdong menerima 2.2 juta kunjungan pelancong, sekali gus menandakan peningkatan tahunan sebanyak 10.36 peratus.

Video

Berita Berkaitan