99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

China Sokong UNSC Bahas Semula Permohonan Palestin Anggotai PBB

(CRI)Sabtu 11 Mei 2024

China menyokong Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) berdasarkan resolusi Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA), secepat mungkin mengadakan semula perbahasan berhubung permohonan Palestin untuk menganggotai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), sekaligus menanti-nantikan negara terbabit tidak bertindak menangguh atau membuat halangan.

Demikian dinyatakan Wakil Tetap China ke PBB, Fu Cong semalam.

Pada sesi khas darurat UNGA ke-10, resolusi berkenaan telah diluluskan dengan 143 undi setuju, 9 undi menentang dan 25 lagi berkecuali, sehingga negara Palestin disahkan dan diterima sebagai anggota PBB.

Fu Cong menyifatkan bahawa dengan adanya resolusi itu, negara Palestin berhak melibatkan diri dalam aktiviti dan persidangan PBB, dan pastilah akan menjadi anggota rasmi dan menikmati hak yang penuh dan sama rata, sama seperti negara anggota lain pada masa kelak.

Beberapa tahun kebelakangan ini, sebagai pihak penakluk, Israel terus menjejaskan dasar "pendekatan dua negara" dan berkemungkinan menjadikan prospeknya terkubur ekoran konflik yang berlarutan lebih tujuh bulan. China menggesa Israel menghentikan hukuman kolektif di Gaza, menggantungkan serangan ketenteraan yang menyasarkan Rafah, memecahkan kesemua sekatan terhadap kemasukan barangan kemanusiaan ke Gaza. Sementara itu, Israel didesak menghentikan semua kegiatan di pusat penempatan Tebing Barat Sungai Jordan, dan bertindak mengawal keganasan yang semakin meruncing. Sehubung itu, China akan terus berperanan konstruktif bagi mewujudkan hidup secara damai antara Palestin dengan Israel, serta keamanan berkekalan di Asia Barat.

Video

Berita Berkaitan