- Lain-lain
Li Qiang Ucapkan Tahniah kepada Perdana Menteri Rusia
Perdana Menteri China, Li Qiang mengucapkan tahniah kepada Mikhail Mishustin yang dilantik semula sebagai Perdana Menteri Rusia pada Ahad.
Li berkata di bawah pimpinan strategik Presiden Xi Jinping dan Presiden Vladimir Putin, hubungan perkongsian strategik komprehensif untuk koordinasi bagi era baharu antara China dan Rusia mengekalkan perkembangan sihat dan mantap.
Sementara itu, rasa kesalingpercayaan politik kedua-dua negara semakin diperkukuh, kerjasama saling menguntungkan diperkasakan, dan pertukaran rakyat dengan rakyat semakin dipererat. Semua ini telah membawa manfaat yang sebenar kepada kedua-dua negara dan rakyat.
Li turut menzahirkan kesediaan untuk berganding bahu dengan Perdana Menteri Mishustin supaya memberikan sumbangan baharu demi mengukuhkan hubungan dua hala dan meningkatkan kerjasama pragmatik antara kedua-dua negara.
- China, Rusia Setuju Kekalkan Pertukaran Pastikan Hubungan Kembang Lancar
- Wang Yi Kupas Lima Prinsip Hubungan China, Rusia
- Xi Utus Tahniah Putin Kekal Presiden Rusia
- Xi Berbual dengan Putin Menerusi Telefon
- Menteri Luar China, Rusia Berbual menerusi Telefon
- Xi, Putin Ucap Selamat Tahun Baharu 2024
- Tentera China, Rusia Anjur Rundingan Strategik Pusingan ke-22
- China, Rusia Komited Perdalam Kerjasama Bilateral
- China, Rusia Anjur Pertemuan Berkala ke-28 Ketua Kerajaan
- China, Rusia Perkasa Kerjasama antara Badan Perundungan