99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Guterres Seru Gencatan Senjata Kemanusiaan di Gaza

(CRI)Isnin 13 Mei 2024

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres sekali lagi menyeru gencatan senjata kemanusiaan dilaksanakan di Gaza, dan menggesa perhatian diberikan terhadap bencana kemanusiaan di kawasan terbabit.

Menurut kenyataan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Timur Dekat (UNRWA) melalui akaun media sosial pada Ahad, kira-kira 300,000 rakyat Palestin di Rafah terpaksa meninggalkan kawasan itu sepanjang minggu lalu, disebabkan perintah pemindahan mandatori berterusan oleh pihak berkuasa Israel.

UNRWA menegaskan bahawa dakwaan tentera Israel mengenai "zon selamat" adalah palsu dan mengelirukan.

Sebahagian rakyat Palestin setelah sampai ke Khan Younis dan tempat-tempat lain baru mendapati bahawa tempat perlindungan tempatan telah dimusnahkan dalam operasi ketenteraan Israel, kecuali hanya runtuhan yang ada di sana.

Video

Berita Berkaitan