99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Wang Yi Hadir Mesyuarat Majlis Menteri Luar SCO

(CRI)Rabu 22 Mei 2024

Negara anggota Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) perlu terus berpegang pada 'semangat Shanghai' dan memperkasakan pertubuhan itu untuk memelihara kepentingan bersama, merungkai pelbagai cabaran serta mempertahankan keadilan.

Demikian dinyatakan Menteri Luar China Wang Yi ketika menghadiri mesyuarat Majlis Menteri-Menteri Luar SCO yang berlangsung di Astana pada Selasa.

Beliau turut mengemukakan saranan dalam empat perkara antaranya mengekalkan kemandirian strategik serta solidariti dan kolaborasi; bersama menangani isu keselamatan dan meningkatkan penyelarasan; mendukung prinsip saling untung dan menjana pembangunan menerusi kerjasama; menjunjung keterbukaan dan keterangkuman, memperdalam interaksi dan saling belajar.

Wang menegaskan kedamaian, pembangunan, kerjasama dan situasi sama menang merupakan trend yang tidak dapat dihalang. Masyarakat antarabangsa harus mengikut arus sejarah dan membuat pilihan tepat.

China sedia bersama anggota lain SCO untuk menggalakkan multipolarisasi dunia yang sama rata dan teratur serta globalisasi ekonomi yang inklusif dan menguntungkan semua, di samping mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Video

Berita Berkaitan