- Lain-lain
Xinjiang Terima Penerbangan Pertama Tanpa Visa dari Georgia
Perjanjian saling mengecualikan visa antara China dengan Georgia berkuat kuasa mulai 28 Mei.
Pada pukul 7.35 pagi hari berkenaan, penerbangan CZ6040 dari Tbilisi, ibu negara Georgia selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Urumqi. Ini juga penerbangan sulung dari Georgia yang menikmati dasar pengecualian visa.
Penguatkuasaan perjanjian tersebut akan memudahkan perjalanan pelancong dari kedua-dua negara, sekali gus meningkatkan hubungan China dengan Georgia dalam bidang ekonomi, perdagangan, pelancongan, dan kebudayaan.
Untuk rekod, Georgia ialah negara kedua yang menikmati dasar saling mengecualikan visa dengan China melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Urumqi, selepas dasar seumpama dilaksanakan antara Kazakhstan dan China pada November lepas.
- Buah Segar Xinjiang Dihantar ke Asia Tengah Guna Trak Rantaian Sejuk
- Rasai Roti ‘Pelbagai Etnik’
- Memupuk dan Memacu Industri Bercirikan Tempatan di Xinjiang - PM Li
- Xinjiang Tawar Kereta Api Mewah Khas untuk Pelancong di Taklimakan
- Georgia Mahu Pergiat Kerjasama dengan China
- Persembahan Budaya Tradisional Etnik Uygur di Hami
- Meski Dikelilingi Daratan, Xinjiang Berjaya Ketengah Produk Akuatik
- Pesta Semai, Ambil Air Disambut di Xinjiang
- 11 Cadangan, Cermin Hasrat Petani dan Penternak Xinjiang
- Syarikat Milik Negara Tingkatkan Peruntukan Sokong Pembangunan Xinjiang