- Lain-lain
Korea Selatan Digesa Bertindak Wajar dan Teliti dalam Isu Taiwan, LCS
Korea Selatan digesa bertindak wajar dan teliti dalam isu Taiwan dan Laut China Selatan (LCS) demi memelihara perkembangan baik hubungan China-Korea Selatan.
Demikian dinyatakan jurucakap Kedutaan Besar China di Korea Selatan, pada Isnin.
Beliau dalam kenyataan berkata, Korea Selatan mengadakan rundingan naib menteri luar dan pertemuan menteri pertahanan dengan Amerika Syarikat (AS) dan Jepun pada 31 Mei hingga 2 Jun, mengeluarkan kenyataan salah membabitkan isu Taiwan dan Laut China Selatan.
"Tindakan Korea Selatan itu disifatkan sebagai mencampuri hal-ehwal dalaman China, memburukkan imej China dan menceroboh kedaulatan dan kepentingan teras negara ini.
"China menzahirkan rasa tidak puas hati dan bantahan keras terhadap kenyataan salah Korea Selatan tersebut dan telah menyampaikan perkara ini kepada kerajaan negara itu," katanya.
Beliau menegaskan bahawa Taiwan merupakan sebahagian yang tidak boleh dipisahkan dari China, sedangkan isu Taiwan ialah urusan domestik China dan tidak boleh dicampuri kuasa luar.
"Korea Selatan, AS dan Jepun bukanlah pihak yang berkepentingan langsung dalam isu Laut China Selatan, tidak wajar untuk mencampuri urusan laut antara China dengan negara-negara serantau, malah tidak layak menuding jari terhadap China.
"Korea Selatan berulang kali berkolaborasi dengan AS dan Jepun campur tangan dalam isu Taiwan dan Laut China Selatan. Ini tidak selaras dengan hubungan perkongsian strategik China-Korea Selatan, dan tidak bermanfaat bagi perkembangan hubungan kedua-dua negara," ujar jurucakap itu.
- Ikut Hati Mati Ikut Rasa Binasa, Jika Berani Pisahkan Taiwan dari China
- China Bantah Ucapan Salah Segelintir Negara Melibatkan Isu Taiwan
- Prinsip Satu China Selaras dengan Aspirasi Khalayak Ramai
- WHO Tolak Lagi Cadangan tentang Penglibatan Taiwan sebagai Pemerhati
- AS Digesa Tunaikan Komitmen Tidak Sokong "Kemerdekaan Taiwan"
- Pemimpin Asing Senada Junjung Prinsip Satu China
- PLA Mulakan Latihan Ketenteraan di Sekitar Taiwan
- 'Ucapan 20 Mei' Dibidas Penuh Bahaya
- China Tekad Pertahan Kedaulatan Negara, Integriti Wilayah
- Prinsip Satu China Penyangga Kedamaian Selat Taiwan: Wang Yi