99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Hubungan Malaysia-China Semakin Akrab dan Rancak - Presiden MCA

(CRI)Rabu 12 Jun 2024

Dalam tempoh 50 tahun akan datang, Malaysia dan China perlu memperdalam lagi hubungan kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi.

Presiden MCA, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong berkata kini Malaysia dan China berada di fasa pembangunan dan hubungan yang semakin akrab, malah interaksi di pelbagai bidang khususnya perdagangan dan pelancongan juga semakin rancak.

"Ini cukup baik, beri satu senario yang lebih baik untuk rapatkan hubungan sesama kita dalam pelbagai bidang. Dalam tempoh 50 tahun akan datang, kita perlu mendalami hubungan kita tapi bukan hubungan biasa sebaliknya yang luar biasa."

Sementara itu menyentuh mengenai kerjasama China-Malaysia dalam bidang Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), Datuk Seri Wee yang juga bekas Menteri Pengangkutan berkata ia telah memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak, malah membantu merancakkan pembangunan dan melonjakkan ekonomi kedua-dua negara.

"Contohnya projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang merentasi Pantai Timur sejauh 648km, ia tidak dapat dilakukan tanpa bantuan China. Pembangunan di Kelantan, Terengganu dan Pahang akan jadi rancak dan memberi impak kepada ekonomi Malaysia. Infrastruktur yang cukup baik, memendekkan masa perjalanan pantai timur ke KL selain menghubungkan pelabuhan. Ini kejayaan yang dicipta kedua-dua negara dengan adanya hubungan baik."

Dalam pada itu, mengulas mengenai kerajaan China yang dipimpin Parti Komunis China (PKC) ketika ini, beliau berkata PKC merupakan sebuah parti yang pragmatik dan mementingkan rakyat, malah tiada masalah yang tidak dihiraukan oleh kerajaan.

Datuk Seri Wee berkata tindakan pragmatik yang diambil kerajaan China berjaya menyelesaikan masalah rakyat selain membuka peluang kepada rakyat untuk menceburi pelbagai bidang.

"Pembangunan pendidikan sangat baik khususnya ilmu pengetahuan dari segi teknologi dan inovasi. Malah orang muda di China sangat kreatif dan berada di haluan yang betul. Teknologi di China ini bukan sahaja sebagai pengguna tetapi mereka pencipta kepada teknologi di seluruh dunia."

Datuk Seri Wee berkata demikian dalam temu bual eksklusif dengan Kumpulan Media China (CMG) di Beijing pada Selasa.

Beliau kini mengadakan lawatan rasmi di Beijing selama tiga hari bermula 11 hingga 13 Jun 2024. Dalam rangka lawatan kali ini, beliau bertemu dengan Jabatan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat PKC bagi mengukuhkan hubungan kedua-dua parti.

Malah beliau turut mengadakan lawatan ke beberapa buah universiti di Beijing seperti Universiti Peking, Universiti Tsinghua, Universiti Sains dan Teknologi Beijing serta beberapa pusat pengajian tinggi dan pendidikan vokasional bagi menjalinkan hubungan kerjasama serta menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Universiti Pengurusan dan teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) dan Institut VTAR.

Video

Berita Berkaitan