- Lain-lain
Pusat Shanghai IMF Ditubuhkan
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengumumkan penubuhan Pusat Shanghai dalam Forum Lujiazui 2024 pagi tadi.
Pusat Shanghai yang antara salah satu pusat IMF yang ditubuhkan dalam senario global, berperanan untuk meningkatkan interaksi dan kerjasama IMF dengan entiti ekonomi di rantau Asia Pasifik, menjalankan penyelidikan terhadap bidang-bidang yang dalam perhatian pasaran baharu dan negara berpendapatan sederhana, dan memberi sokongan kepada entiti ekonomi dalam kawasan itu dari segi pembinana keupayaan yang dilihat kondusif bagi kestabilan kewangan di persada dunia dan rantau.
Gabenor Bank Rakyat China (PBOC) Pan Gongsheng berkata, Pusat IMF di Shanghai dijangka akan mengintensifkan kerjasama antara IMF dengan China, meningkatkan interaksi dan penyelarasan dalam pelaksanaan dasar ekonomi makro sesama negara rantau Asia Pasifik, dan mendorong perlindungan terhadap kestabilan kewangan global dan serantau.
Pengarah urusan IMF, Kristalina Georgieva pula berkata, pihaknya boleh meningkatkan keinsafan terhadap pandangan dan pendapat dari negara anggotanya, di samping mendorong kerjasama ekonomi antarabangsa melalui operasi Pusat Shanghai yang baru ditubuhkan itu.
- Shanghai Sambut Pelancong dari Kapal Persiaran Mewah
- IMF Naikkan Unjuran Pertumbuhan Ekonomi Sejagat kepada 3.2%
- Shanghai Terima Kunjungan Pelancong Asing Berjumlah Besar
- Syarikat Shanghai Sempurnakan Penghantaran Pertama 'Teksi Udara' di Dunia
- Kemeriahan Pesta Tanglung Taman Yuyuan Shanghai
- Pelancong Rasai Suasana Drama di Jalanan Shanghai
- Taman Zootopia Pertama Buka di Disneyland Shanghai
- Percepat Pembinaan Shanghai Sebagai Metropolis Antarabangsa - Kata Xi
- Hayati Pesona Jenama Bersejarah dari Shanghai
- Dekati Ladang Pertanian Eko di Shanghai