- Lain-lain
Import Eksport Shanghai dan Negara-Negara BRI Pecah Rekod
Jumlah import dan eksport bandar raya Shanghai dengan negara-negara yang terlibat dalam inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) mencapai RMB616.49 bilion (RM399.14 bilion) dalam lima bulan pertama tahun ini, menokok 2.1 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu, menurut statistik jabatan kastam Shanghai pada Khamis.
Jumlah perdagangan luar metropolitan di timur China itu sekali gus mencecah rekod tertinggi bagi tempoh yang sama dalam sejarah.
Pada masa yang sama, perdagangan luar Shanghai dengan negara-negara BRICS yang lain berjumlah RMB167.62 bilion, naik 13 peratus, sekali gus mengekalkan pertumbuhan dua angka.
Mengikut statistik kastam Shanghai, jumlah import dan eksport Shanghai dalam lima bulan pertama tahun ini mencatat angka RMB1.75 trilion (RM1.13 trilion), menokok 0.8 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Antaranya jumlah import dan eksport Shanghai ke Kesatuan Eropah (EU), ASEAN dan Amerika Syarikat (AS) masing-masing mencapai RMB319.52 bilion, RMB229.72 bilion, dan RMB190.42 bilion, menyumbang 42.3 peratus daripada jumlah keseluruhan perdagangan luar bandar ini.
- Guangxi Catat Peningkatan Import, Eksport Buah Segar
- Eksport Kenderaan Komersial Melalui Pintu Sempadan Xinjiang Meningkat 407.6%
- Import dan Eksport Perkhidmatan China Naik 10 Peratus
- Import dan Eksport Barangan China Naik 0.2 Peratus 2023
- Import dan Eksport China Kekal Mantap
- Import Eksport China Kekalkan Pengoperasian Stabil
- Rundingan dalam Talian Mudahkan Peserta ECF
- Import Eksport antara China, Anggota RCEP Meningkat 4.5 Peratus
- Import Eksport Xinjiang Melambung
- Import Eksport China Meningkat 4.8 Peratus Suku Pertama 2023