- Lain-lain
Pengeluaran Minyak Mentah Cecah 100 Juta Tan di Ladang Terbesar China di Laut
Menurut maklumat didedahkan Syarikat Minyak Luar Pesisir Kebangsaan China (CNOOC), pengeluaran minyak mentah sudah mencecah 100 juta tan di Ladang Minyak 36-1 Suizhong, ladang minyak kendalian China yang terbesar di laut, sekali gus menjadikannya yang pertama melepasi paras 100 juta tan di perairan China.
Ladang Minyak 36-1 Suizhong yang terletak di bahagian utara Teluk Laut Bohai itu mula beroperasi pada 1993, dan pernah merekodkan penghasilan tahunan 5 juta tan lebih pada musim puncak.
Kini, Ladang Minyak 36-1 Suizhong sebagai lubuk utama di Medan Minyak Laut Bohai, iaitu yang terbesar di perairan China, sudah dikesan mempunyai 300 juta tan simpanan “petroleum-di-tempat”, dilengkapi 24 pelantar dan 545 telaga, dan pengeluaran hariannya mencecah lebih 8,900 tan minyak mentah.
- Pengisian Biofuel Kapal Tunggal Terbesar di China Diselesaikan
- Kapal Pengangkut LNG Terbesar China Diserah kepada Pelanggan
- Fasiliti Minyak FPSO Haikui No.1 Diangkut untuk Kerja Pemasangan
- Kemudahan FPSO Silinder Pertama Asia Siap China
- China Temui Medan Minyak Berkapasiti 100 Juta Tan yang Pertama di Air Dalam dan Telaga Dalam
- Riuh Taklamakan Selepas Telaga Minyak Lebihi 10,000 Meter
- Medan Minyak Ultra-Dalam Terbesar di China Mula Operasi
- 600 Bilion Meter Padu Gas Asli Dikeluarkan Medan Minyak Terbesar China