- Lain-lain
Muzium China Permudah Akses Untuk Pelawat Pada Musim Panas
(foto/VCG)
Pentadbiran Warisan Budaya Kebangsaan China pada Isnin mengeluarkan pekeliling mengenai pelan kerja untuk perkhidmatan muzium pada musim panas, selain menggesa pihak berkaitan untuk memberikan akses yang lebih mudah kepada pelawat melalui pelbagai cara.
Memetik pekeliling itu, kemudahan bagi pelawat tanpa janji temu harus diberi jaminan untuk dilakukan secara terurus, manakala perkhidmatan tempahan perlu dioptimumkan dan diperkemaskan lagi.
Tambah pekeliling itu lagi, kaunter perkhidmatan dan talian khidmat pelanggan untuk tempahan perlu dikekalkan untuk bagi memudahkan golongan yang kurang arif dengan teknologi seperti pelajar sekolah rendah dan menengah, warga emas dan orang kurang upaya.
Antara lain yang disebut oleh pentadbiran itu adalah mengenai usaha untuk mengoptimumkan prosedur pemeriksaan dan pengenalan keselamatan, mengurangkan masa menunggu untuk kemasukan, dan menyediakan peralatan anti-strok haba, ubat-ubatan serta minuman di venue.
“Jabatan warisan budaya tempatan harus bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk menggandakan usaha membanteras pihak yang menyorok dan menjual semula tiket secara lebih mahal,” tambah pekeliling itu.
- Muzium China Terima 1.29 Bilion Pelawat pada 2023
- Pusat Kebudayaan dan Seni Baharu Dibuka di Kawasan Teluk Besar
- Teroka Tinggalan Dinasti Shang di Muzium Yinxu
- Tiga Binaan Budaya di Beijing Dibuka kepada Awam
- Teknologi Tawar Pengalaman Mengasyikkan di Muzium di Tianjin
- Muzium di Xi’an Tumpuan Minat Ramai
- Kunjung Muzim, Trend Kalangan Pemuda China
- Muzium Papar Sejarah Industri Garam Zigong