99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Kawasan Demonstrasi SCO Jadi Hab Logistik Perdagangan Antarabangsa

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 08 Julai 2024

Hampir enam tahun sejak mula beroperasi, Kawasan Demonstrasi Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan Tempatan China-SCO (SCODA) di bandar pantai timur China, Qingdao telah berkembang menjadi hab penting untuk perdagangan antarabangsa yang mengintegrasikan pengangkutan laut, jalan raya, udara dan kereta api dengan lancar.

Foto udara yang diambil pada 1 Jun 2023 ini menunjukkan pusat pengangkutan berbilang mod di Kawasan Demonstrasi Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan Tempatan China-SCO (SCODA) di Qingdao, Provinsi Shandong di timur China. (Xinhua/Li Ziheng)

Foto udara yang diambil pada 1 Jun 2023 ini menunjukkan pusat pengangkutan berbilang mod di Kawasan Demonstrasi Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan Tempatan China-SCO (SCODA) di Qingdao, Provinsi Shandong di timur China. (Xinhua/Li Ziheng)

Awal minggu lalu, 100 kontena standard yang dimuatkan dengan kereta dan alat ganti kereta telah diangkut dengan kapal dari Incheon, Korea Selatan (ROK) dan dimuatkan semula ke dalam kereta api barang China-Eropah di kawasan demonstrasi itu.

Kereta api tersebut akan melalui Pelabuhan Alashankou di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, barat laut China sebelum tiba di destinasi terakhirnya di Boralday, Kazakhstan.

Perkhidmatan pengangkutan pantas selama 14 hari dari ROK ke Kazakhstan merupakan contoh kemudahan yang ditawarkan oleh kawasan demonstrasi terhadap kerjasama perdagangan pelbagai hala.

"Kami sedang berusaha untuk membina kawasan itu menjadi pintu masuk ke Asia Pasifik bagi negara-negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO)," kata Zang Yuanqi, pegawai jawatankuasa pengurusan SCODA.

Menurut Zang, dengan memanfaatkan kelebihan pengangkutannya, kawasan demonstrasi secara beransur-ansur menjadi koridor logistik antarabangsa yang menghubungkan rantau Asia-Pasifik ke timurnya, Asia Tengah dan Eropah di baratnya, Asia Selatan dan Asia Tenggara di selatannya, dan Mongolia dan Rusia di utaranya.

SCODA kini mengendalikan 32 laluan kereta api antarabangsa, menjangkau 54 bandar di 23 negara, termasuk negara SCO serta negara rakan kongsi Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). Beberapa laluan kereta api untuk barangan seperti produk rantaian sejuk dan sayur-sayuran segar juga telah dilancarkan.

Sehingga kini, kawasan itu telah menguruskan lebih 3,200 perjalanan kereta api barang China-Eropah, dengan semakin banyak jenis barangan yang diangkut melalui laluannya.

Selain eksport tradisional seperti tayar dan bahan binaan, produk industri dengan nilai tambah yang tinggi seperti peralatan fotovolta, peralatan rumah dan kereta telah menyaksikan peningkatan yang ketara dalam eksport.

Untuk rekod, pada tahun 2023 sahaja, lebih 12,000 kenderaan telah dihantar ke negara SCO dari kawasan itu.

SCODA juga telah melancarkan 42 laluan maritim ke negara-negara SCO. Tiga laluan kargo udara antarabangsa baharu telah dibuka sejak 2023, sekali gus mengoptimumkan ketersambungan udara dengan negara SCO dan negara BRI.

Sebagai pelengkap penting kepada keupayaan laut, kereta api dan udaranya, SCODA juga telah membangunkan rangkaian pengangkutan jalan antarabangsa yang maju. September lalu, laluan pengangkutan jalan raya yang beroperasi di bawah sistem TIR dilancarkan antara kawasan demonstrasi dan Rusia.

TIR, yang bermaksud Transports Internationaux Routiers, atau Pengangkutan Jalan Antarabangsa, diwujudkan untuk menjimatkan masa dan kos bagi pengendali pengangkutan serta pihak berkuasa kastam.

Di bawah sistem itu, ia mengambil masa kira-kira lapan hari untuk menempuh jarak 9,800 kilometer antara Qingdao dan Moscow, memastikan barangan China termasuk buah-buahan dihantar tepat pada masanya ke Rusia.

Sementara SCODA terus berkembang, 10 pelabuhan, stesen, perusahaan dan organisasi lain di laluan trans-Caspian telah mencadangkan inisiatif kerjasama. Peningkatan kerjasama dalam pembangunan infrastruktur dan kecekapan pengangkutan dijangka meningkatkan ketersambungan ke tahap yang lebih besar.

Video

Berita Berkaitan