- Lain-lain
Taman Tema Ais dan Salji Tertutup Terbesar di Dunia Dibuka di Harbin
Pelancong yang melawat Harbin, "Bandar Ais" di provinsi paling utara China, iaitu Heilongjiang, kini mempunyai tarikan baharu untuk diterokai.
(foto/Xinhua)
Bermula Sabtu lalu, sebuah taman tema ais dan salji tertutup telah dibuka dengan keluasan pembinaan 23,800 meter persegi. Taman tersebut juga telah merangkul Rekod Dunia Guinness sebagai taman tema ais dan salji terutup terbesar di dunia.
Menurut pengurus taman itu, kemudahan itu menampilkan sembilan kawasan bertema yang mempamerkan arca ais hidup yang diterangi oleh pencahayaan berwarna-warni. Taman tema ini mengekalkan suhu tetap untuk menyesuaikan pengunjung sepanjang tahun.
Taman tesebut merupakan pelengkap kepada Dunia Ais dan Salji Harbin, sebuah taman tema ais dan salji luar mercu tanda seluas 810,000 meter persegi, sekali gus mengubah Harbin menjadi destinasi peranginan sepanjang musim.
Harbin, dengan musim sejuknya yang sangat dingin, kebiasaannya meriah dengan perayaan ais dan salji tahunannya.
Untuk rekod, Dunia Ais dan Salji Harbin menerima purata lebih 30,000 pengunjung setiap hari pada musim sejuk lalu.
- Pemandangan Malam Sawah Padi di Heilongjiang
- Hengdaohezi, “Pekan Kecil Ditarik oleh Kereta Api”
- Pangkalan Industri Lama Depan Peluang Baharu
- Arca Ais 12 Zodiak Cina Didirikan di Harbin
- "Dunia Ais dan Salji Harbin" China Dapat Gelaran "Taman Bertemakan Ais dan Salji Terbesar di Dunia"
- Gelongsor Ais 521 Meter Jadi Tarikan Utama Dunia Ais dan Salji Harbin
- Ais dan Salji, Enjin Pembangunan Ekonomi di Xinjiang
- Arca Salji Kreatif di Timur Laut China Sedia Sambut Pelancong
- Orang Salji Gergasi di Harbin Hampir Siap
- Tanah Lembap Terlindung Baik, Gamit Kehadiran Burung Jenjang