- Lain-lain
KDNK China Berkembang 5 Peratus Separuh Pertama 2024
Biro Statistik Negara (NBS) hari ini melaporkan bahawa pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China direkodkan sebanyak 5 peratus dari tahun ke tahun pada separuh pertama 2024.
Memetik data tersebut, KDNK China berjaya mencapai RMB61.68 trilion (sekitar AS$8.65 trilion) pada tempoh tersebut, manakala KDNK pada suku kedua berkembang 4.7 peratus dari tahun ke tahun.
“Secara keseluruhannya, ekonomi negara terus positif dengan stabil pada separuh pertama (2024),” ujar NBS dalam satu kenyataan berhubung prestasi ekonomi dengan memetik bahawa ia merupakan sumbangan daripada insentif dasar, lantunan semula permintaan luar dan pembangunan tenaga produktif berkualiti baharu.
Menurut NBS, industri sekunder berkembang 5.8 peratus pada tempoh tersebut dari tahun ke tahun, sekali gus mengatasi peningkatan 3.5 peratus dalam industri utama dan 4.6 peratus dalam sektor perkhidmatan.
Sekiranya dilihat mengikut suku pula, ekonomi China berkembang sebanyak 0.7 peratus pada suku kedua.
Difahamkan, penggunaan terus memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan, dengan penggunaan akhir menyumbang sebanyak 60.5 peratus terhadap perkembangan ekonomi dalam tempoh tersebut, selain menyumbang sebanyak 3 mata peratusan terhadap perkembangan KDNK.
Mengikut tinjauan terhadap pengangguran bandar di China, kadar tersebut direkodkan sebanyak 5.1 peratus pada separuh pertama 2024, iaitu menurun 0.2 mata peratusan untuk tempoh sama berbanding tahun lalu.
NBS menyifatkan suku kedua yang berkembang perlahan sebagai kesan jangka pendek daripada cuaca ekstrim dan bencana banjir, selain turut mencerminkan ia sebagai cabaran yang semakin meningkat.
"Tetapi, daripada perspektif asas dan jangka sederhana hingga panjang, asas ekonomi yang akan mengekalkan pertumbuhan jangka panjang kekal tidak berubah, dan arah aliran ke arah pembangunan berkualiti tinggi tidak berubah," tambah biro itu, sambil menyatakan bahawa ekonomi China masih merupakan enjin utama untuk pertumbuhan global.
- China Tetap Enjin Terbesar bagi Pertumbuhan Ekonomi Dunia - Pegawai ADB
- KDNK China Tumbuh 5.3% pada Suku Pertama 2024
- KDNK China Naik 5.2 Peratus
- Ekonomi China Tingkat 5.2% pada 2023
- NBS: KDNK China 2023 Tumbuh 5.2%
- IMF Naikkan Unjuran terhadap Pertumbuhan Ekonomi China
- KDNK China Tumbuh 5.5 Peratus
- Nisbah Ekonomi Digital Dijangka Mencatat 54 Peratus dalam KDNK Menjelang 2026
- KDNK China Naik 4.5 Peratus pada S1 2023
- Pertumbuhan Dagangan Barangan Global Diunjur 1.7 Peratus