- Lain-lain
1.86 Juta Kereta Jenama China Didaftarkan di Rusia
Agensi analisis Rusia, Autostat melaporkan bahawa setakat 1 Julai lalu, sekitar 1.86 juta kereta jenama China telah didaftarkan di Rusia, sekali gus menyumbang kepada empat peratus daripada jumlah keseluruhan.
Menurut laporan yang diumumkan pada Khamis itu, Chery merupakan jenama kereta dari China yang paling popular di Rusia dengan jumlah kereta yang didaftarkan adalah sebanyak 447,700 unit.
Jenama Geely dan Haval pula menduduki tempat kedua dan ketiga dengan jumlah kereta yang didaftarkan masing-masing sebanyak 341,100 unit dan 296,000 unit.
Memetik laporan itu lagi, ketiga-tiga jenama tersebut menyumbang kepada 60 peratus daripada jumlah keseluruhan kereta jenama China yang didaftarkan di Rusia.
Pakar dari Autostat berpendapat bahawa kereta jenama China mampu mendahului jenama Perancis dan Amerika dalam lima teratas sekiranya situasi pasaran meneruskan trend yang sama.
Untuk rekod, bahagian kereta jenama Perancis dan Amerika di Rusia masing-masing menyumbang kira-kira enam peratus dan tujuh peratus.
- Melancong ke China: Bagaimana Pelancong Asing Melihat China
- Jalan Sutera Budaya | Menang-menang: Kisah Malaysia
- Bagaimana Warga Malaysia dan Indonesia Melihat China?
- Menara Suria Garam Lebur Serlahkan Industri Tenaga Hijau Xinjiang yang Pesat Berkembang di Hami
- Selami Keindahan Budaya Kyrgyzstan dalam 60 Saat