- Lain-lain
China Umum Langkah Baharu, Galak Program Tukar Beli
Foto yang diambil pada 24 April 2024 ini memperlihatkan barisan pemasangan pengeluar kenderaan tenaga baharu (NEV) terkemuka China iaitu BYD di kilangnya yang terletak di Zhengzhou, Provinsi Henan, tengah China. (Xinhua/Li Jianan)
Perancang ekonomi utama China pada Khamis mengumumkan langkah baharu untuk mempromosikan program tukar beli.
Menurut Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Kebangsaan (NDRC), sekitar RMB300 bilion (kira-kira RM193 bilion) akan diperuntukkan menerusi bon perbendaharaan khas ultra panjang untuk meningkatkan pembaharuan peralatan berskala besar dan menggantikan barangan pengguna lama dengan yang baharu.
NRDC turut memaklumkan bahawa program tukar beli tersebut akan diperluaskan untuk menampung pembaharuan peralatan kuasa tenaga, lif-lif lama, kapal, trak, mesin pertanian dan bas tenaga baharu.
Difahamkan, kerajaan pusat juga akan memberikan peruntukan RMB20 bilion subsidi faedah untuk memastikan institusi kewangan berganding bahu dalam pembaharuan peralatan dan penambahbaikan teknikal.
Ketika ini, China telah menyiapkan pembinaan sistem dasar untuk mempromosi pembaharuan peralatan dan penggantian barang pengguna lama dengan yang baharu dalam skala yang besar, sementara kerajaan tempatan di 31 kawasan berstatus provinsi juga telah mengeluarkan rancangan berkait program tersebut.
- Melancong ke China: Bagaimana Pelancong Asing Melihat China
- Jalan Sutera Budaya | Menang-menang: Kisah Malaysia
- Bagaimana Warga Malaysia dan Indonesia Melihat China?
- Menara Suria Garam Lebur Serlahkan Industri Tenaga Hijau Xinjiang yang Pesat Berkembang di Hami
- Selami Keindahan Budaya Kyrgyzstan dalam 60 Saat