99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Majlis Libat Urus Ekonomi Anjuran Pucuk Pimpinan untuk Tokoh Luar PKC

(CRI)Rabu 31 Julai 2024

Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) telah mengadakan majlis libat urus untuk mendengar pandangan dan cadangan dari tokoh-tokoh bukan ahli PKC mengenai situasi ekonomi semasa dan gerak kerja bagi setengah kedua tahun ini di Beijing pada petang 26 Julai lalu.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping ketika mempengerusikan majlis libat urus itu telah menekankan bahawa demi memastikan ekonomi beroperasi dengan baik, hendaklah mengambil tindakan yang mantap dalam memperjuangkan matlamat pembangunan, melaksanakan konsep pembangunan baharu dengan lengkap, tepat dan menyeluruh, mempercepat langkah dalam membentuk Paradigma Pembangunan Baharu, mengembangkan 'kuasa produktif kualiti baharu' berdasarkan keadaan setempat, menumpukan kepada pembangunan yang berkualiti, terus memperhalusi pelaksanaan dasar pembaharuan secara komprehensif yang berteraskan modenisasi ala China.

Sementara itu, perlunya memperhebat kawalan makro, memacu pembangunan pacuan inovasi, giat meneroka potensi permintaan domestik, menstabilkan pasaran, membantu rakyat meningkatkan keyakinan, mendorong trend perkembangan ekonomi ke arah yang baik, memberi sokongan jitu untuk memastikan dan memperbaiki hidup rakyat, mengekalkan kestabilan sosial, dan sama sekali tidak berganjak dari memperjuangkan matlamat pembangunan sosioekonomi bagi sepanjang tahun 2024.

Xi turut berharap tokoh-tokoh bukan ahli PKC giat menterjemahkan keputusan dan ketetapan Jawatankuasa Pusat PKC dalam pelbagai kalangan masyarakat dan bertindak pantas mencetuskan aspirasi bersama, sinergi mengatasi risiko dan cabaran yang ditemui dalam mara ke depan, dan terus menjana inisiatif dan menyumbang kepada usaha mewujudkan matlamat pembangunan sosioekonomi.

Video

Berita Berkaitan