- Lain-lain
Biri-biri ‘Jaga’ Panel Solar di Qinghai
Dalam suasana angin sepoi-sepoi membelai landskap musim panas kaunti Gonghe, Wilayah Autonomi Tibet Hainan, Provinsi Qinghai di barat laut China, kelihatan seorang penggembala tempatan, Yehdor yang membawa botol air dan beberapa keping tasmba iaitu roti tempatan, sambil memerhatikan biri-birinya yang sedang berkeliaran dan meragut rumput.
Biri-biri sedang meragut rumput segar di bawah panel solar di taman perindustrian fotovolta di kaunti Gonghe, Wilayah Autonomi Tibet Hainan, Provinsi Qinghai, di barat laut China. (People’s Daily Online/Ma Kexin)
Namun, apa yang membuatkan suasana tersebut lebih unik adalah kewujudan lautan biru panel solar kerana kawasan meragut rumput di situ juga merupakan taman perindustrian fotovolta (PV).
Menurut Yehdor, keluarganya menjaga sekitar 300 biri-biri di taman perindustrian PV Talatan yang terbesar seumpanya di dunia dengan keluasan kawasan sehingga 609 kilometer persegi.
Terdahulu, 98.5 peratus kawasan Talatan telah diliputi dengan pasir. Kini, tanah lapang itu dilimpahi dengan sumber tenaga solar yang kaya, dengan purata tempoh limpahan cahaya matahari tahunan hampir 3,000 jam.
Dengan saiznya dan pengeluaran kuasa loji yang besar, ia sekali gus membolehkannya membekalkan elektrik ke provinsi seperti Henan dan Jiangsu.
Untuk rekod, taman PV tersebut juga berfungsi sebagai pelindung matahari dan pemecah angin untuk kawasan sekeliling. Dengan kelajuan angin purata angin berkurangan sebanyak 50 peratus, liputan tumbuh-tumbuhan di kawasan sekitar telah bertumbuh sehingga 80 peratus.
Seorang penggembala sedang menunggang motorsikal memantau biri-birinya di taman perindustrian fotovolta di kaunti Gonghe, Wilayah Autonomi Tibet Hainan, Provinsi Qinghai, di barat laut China. (People’s Daily Online/Gan Haiqiong)
Bagaimanapun, pertumbuhan tumbuh-tumbuhan masih mendatangkan beberapa isu seperti menganggu kecekapan panel dan bahaya kebakaran ketika musim sejuk apabila rumput mengering.
Berbanding mengambil pendekatan yang tidak mesra ekologi seperti racun herba dan mesin pemotong, taman tersebut mengajak penduduk kampung untuk menjaga biri-biri masing-masing di bawah panel solar, yang secara tidak langsung memberi manfaat kepada ekologi dan ekonomi.
Biri-biri itu bukan sahaja menjaga supaya rumput tidak panjang, tetapi ia juga secara serampang dua mata menjimatkan masa dan wang penggembala untuk memberi makanan buat biri-biri.
Di samping itu, biri-biri menyuburkan kawasan itu secara semula jadi, membolehkan rantaian ekologi hijau terbentuk. Akhirnya, penggembala boleh memutuskan untuk menjual beberapa biri-biri mereka, membawa faedah kewangan yang besar.
Kawasan biri-biri di taman perindustrian fotovolta di kaunti Gonghe, Wilayah Autonomi Tibet Hainan, Provinsi Qinghai, di barat laut China. (People’s Daily Online/Ma Tianyi)
Pada 2021, 600 biri-biri telah terlibat dalam ‘menjaga’ panel solar di taman tersebut. Yehdor berkata, dengan meletakkan biri-birinya di taman itu, pendapatan tahunan keluarganya meningkat daripada sekitar RMB20,000 (RM12,000) kepada RMB70,000 ke RMB80,000.
Ketika ini, 12 eko ladang telah dibina di taman itu. Setiap biri-biri akan dilengkapi dengan tag telinga, yang berfungsi sebagai kad pengenalan.
"Sesiapa sahaja boleh mendapatkan maklumat pengenalan seekor biri-biri, termasuk umur, pemiliknya, dan imunisasi, dengan mengimbas tag telinganya," kata Yehdor.
Taman perindustrian PV merupakan contoh bahawa pembungan perindustrian, amalan tradisional dan penjagaan alam sekitar dapat dilakukan secara bersepadu.
Foto memaparkan taman perindustrian fotovolta di kaunti Gonghe, Wilayah Autonomi Tibet Hainan, Provinsi Qinghai, di barat laut China. (People’s Daily Online/Ma Kexin)
- Jambatan Wanning: Tulang Belakang Paksi Tengah Beijing
- Melancong ke China: Bagaimana Pelancong Asing Melihat China
- Jalan Sutera Budaya | Menang-menang: Kisah Malaysia
- Bagaimana Warga Malaysia dan Indonesia Melihat China?
- Menara Suria Garam Lebur Serlahkan Industri Tenaga Hijau Xinjiang yang Pesat Berkembang di Hami
- Mi Tarik Lanzhou Kini Jadi Industri Berkembang Maju
- Qinghai Nan Indah Permai
- Tenaga Baharu Hidupkan Semula Kawasan Amblesan Lombong Arang Batu
- Gembala Tibet Jadi Penjaga Glasier di "Bumbung Dunia"
- China Catatkan Jumlah Permohonan Paten Bateri Tenaga Solar Terbanyak
- Projek Janakuasa Elektrik Longdong Gunakan Tenaga Angin-Fotovoltaik Beroperasi
- Ayuh, Kita Tengok Harimau Bintang Salji!
- “Fotovolta + Elektrik” Bantu Penduduk Luar Bandar Hadapi Musim Sejuk
- Selimut Ais Ribuan Batu, Serlah Pesona Musim Sejuk
- Qinghai, Puncak Bidang Fotovolta