- Lain-lain
Gurun Badain Jaran China, Keajaiban Warisan Dunia UNESCO yang Wajib Dilawati
Disulami dengan bukit pasir yang beralun menyerupai ombak keemasan yang berkilauan dengan terang di bawah cahaya matahari, serta pemandangan menakjubkan, Gurun Badain Jaran merupakan suatu karya agung alam semula jadi.
Gurun ini adalah yang ketiga terbesar di China dan keempat terbesar di dunia, serta turut menarik pengunjung yang meminati semula jadi dan khazanah budaya.
Foto menunjukkan tasik di Gurun Badain Jaran, Alxa Right Banner, Alxa League, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, utara China. (Foto ihsan jabatan publisiti jawatankuasa Parti Komunis China Alxa Right Banner)
Pada 26 Julai 2024, Gurun Badain Jaran - Menara Pasir dan Tasik berjaya memasuki Senarai Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada sesi ke-46 Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO yang diadakan di New Delhi, India.
Terletak di utara Alxa Right Banner, Alxa League, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, utara China, Gurun Badain Jaran terkenal dengan lima keajaibannya iaitu puncak unik, pasir yang berdengung, tasik oasis, mata air suci, dan kuil purba.
Gurun tersebut juga mempunyai beberapa bukit pasir pegun yang tinggi, termasuk Puncak Bilutu, puncak pasir tertinggi di dunia dengan ketinggian lebih daripada 1,611 meter dan ketinggian relatif lebih 500 meter.
Foto memperlihatkan tasik Zhungjigede di Gurun Badain Jaran, Alxa Right Banner, Alxa League, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, utara China. (Foto ihsan jabatan publisiti jawatankuasa Parti Komunis China Alxa Right Banner)
Terdapat gumuk pasir di padang pasir menghasilkan bunyi ledakan misteri apabila angin bertiup, khususnya di Baoritaolegai yang terletak di pinggir padang pasir digelar sebagai "kerajaan pasir berdengung" berikutan dengungan bukit pasir yang menakjubkan.
Selain itu, terdapat sejumlah 144 tasik jernih yang terletak di antara bukit pasir, sekali gus mengharmonikan elemen tumbuh-tumbuhan subur dan pelbagai hidupan liar, sambil mencipta landskap padang pasir yang unik.
Mata air semula jadi di padang pasir terkenal dengan kesuciannya. Mata air yang paling terkenal di padang pasir berasal dari tasik Yinderitu, yang mempunyai 108 mata air.
Foto memperlihatkan tasik Nuoritu di Gurun Badain Jaran, Alxa Right Banner, Alxa League, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, utara China. (Foto ihsan jabatan publisiti jawatankuasa Parti Komunis China Alxa Right Banner)
Antara kuil-kuil yang terdapat di gurun, kuil Buddha di Badain Jaran yang dibina pada 1755 merupakan salah satu daripada mercu tanda utama, dan turut digelar sebagai ‘Kota Larangan di gurun’.
Ekosistem di kawasan gurun adalah bukti kepada daya tahan alam. Tumbuh-tumbuhan seperti pokok saxaul, pokok renek kacang pis Korshinsk, Zygophyllum, dan poplar padang pasir tumbuh subur dalam keadaan yang teruk, manakala haiwan seperti unta Baktria, angsa, itik liar, angsa liar, cicak berkepala kodok dan musang telah bersimbiosis dengan kehidupan padang pasir.
Gurun Badain Jaran menyajikan keseronokan dan ketenangan dengan memberikan pengunjung pengalaman yang tiada tandingannya seperti menyaksikan matahari terbit di atas bukit pasir, melihat bintang di bawah langit malam dan melakukan pengembaraan luar jalan raya yang penuh mendebarkan.
Foto memperlihatkan sudut udara Gurun Badain Jaran, Alxa Right Banner, Alxa League, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, utara China. (Foto ihsan jabatan publisiti jawatankuasa Parti Komunis China Alxa Right Banner)
Gambar kuil Badain Jaran, kuil Buddha yang dibina pada 1755 di Gurun Badain Jaran, Alxa Right Banner, Alxa League, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, utara China. (Foto ihsan jabatan publisiti jawatankuasa Parti Komunis China Alxa Right Banner)
Burung berterbangan bebas di atas tasik di Gurun Badain Jaran, Alxa Right Banner, Alxa League, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, utara China. (Foto ihsan jabatan publisiti jawatankuasa Parti Komunis China Alxa Right Banner)
Foto memaparkan tasik di Gurun Badain Jaran, Alxa Right Banner, Alxa League, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, utara China. (Foto ihsan jabatan publisiti jawatankuasa Parti Komunis China Alxa Right Banner)
- Jambatan Wanning: Tulang Belakang Paksi Tengah Beijing
- Melancong ke China: Bagaimana Pelancong Asing Melihat China
- Jalan Sutera Budaya | Menang-menang: Kisah Malaysia
- Bagaimana Warga Malaysia dan Indonesia Melihat China?
- Menara Suria Garam Lebur Serlahkan Industri Tenaga Hijau Xinjiang yang Pesat Berkembang di Hami
- Xi Mahu Usaha Konsisten Cipta Keajaiban Baharu dalam Bendung Penggurunan
- Pembangunan Pelancongan Padang Pasir di Dalad Banner Seiring Dengan Perlindungan Ekologi
- Gurun Badain Jaran Nan Penuh Panorama
- Hohhot: Padang Rumput Celah Kota
- Disorok Kabus Pagi, Tianshan Seindah Kayangan
- “Hedwig” di Medan Salji Hulunbuir
- Tiang Cahaya Muncul di Bandar Paling Sejuk China
- Pameran Seni Arca Antarabangsa Hohhot Pertama Buka Tirai
- Pesta Nadam Semarakkan Keghairahan Musim Panas
- Panorama Musim Panas Padang Rumput Hulunbuir
- “Xi Faham Adat Resam Kami”