99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Universiti Vokasional China Tarik Lebih Ramai Pelajar, Tawar Peluang Pekerjaan Lebih Luas

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 09 Ogos 2024

Pada 2023, sebanyak 89,900 pelajar telah mendaftar masuk ke universiti vokasional China, iaitu peningkatan sebanyak 17.82 peratus berbanding tahun terdahulu.

Memetik laporan agensi berita Xinhua, ia sekali gus menyumbang sekitar 1.6 peratus daripada jumlah daftar masuk keseluruhan para pelajar ke institusi pendidikan vokasional tinggi di seluruh negara pada tahun itu.

Presiden eksekutif Universiti Sains dan Teknologi Vokasional Hainan, Zheng Bing menyatakan bahawa peningkatan daftar masuk sejak program sarjana muda mula diperkenalkan pada 2019, dengan markah kemasukan yang agak tinggi bagi pendidikan vokasional.

Chen Yuxuan, bekas pelajar sekolah menengah dari provinsi Zhejiang baru-baru ini terkenal selepas membuat keputusan untuk memilih memasuki universiti vokasional berbanding universiti awam meskipun mendapat markah 602 mata, iaitu 110 mata di atas ambang kemasukan universiti.

Di media sosial China, keputusan Chen yang dianggap pemecah tradisi itu telah mencetuskan perdebatan, dengan terdapat sebilangan individu yang menyifatkan tindakannya sebagai satu kerugiannya.

Namun demikian, Chen tampil menjawab bahawa pilihannya itu adalah berdasarkan pembangunan pendidikan vokasional pada tahun mutakhir ini, dan penyediaan latihan praktikal universiti vokasional berorientasikan kerjaya yang secara tidak langsung membuka lebih banyak peluang pekerjaan.

Chen yang baru sahaja memasuki Universiti Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrik Politeknik Zhejiang turut menjelaskan bahawa keputusannya dibuat setelah mengambil kira peluang kariernya pada masa depan.

Difahamkan, program yang dipilihnya tersebut iaitu program peralatan pengangkutan rel dan teknologi kawalan mempunyai kadar pengambilan kerja lebih daripada 98 peratus, dengan beberapa alumni berjaya mendapatkan pekerjaan di syarikat ternama seperti CRRC Corporation.

Menurut satu set garis panduan untuk menggalakkan pembangunan berkualiti tinggi pendidikan vokasional moden yang dikeluarkan pada 2021, China menjangkakan untuk melihat daftar masuk ke universiti vokasional tidak kurang daripada 10 peratus daripada jumlah daftar masuk pendidikan vokasional yang lebih tinggi menjelang 2025.

Dalam hal ini, Zheng Bing berpendapat bahawa universiti vokasional perlu menambah baik piawaian pengajaran, kursus dan latihan industri bagi memastikan pembangunan yang stabil untuk universiti vokasional di China.

Video

Berita Berkaitan