- Lain-lain
Industri Sewa Rumah Kunci Masa Depan Pasaran Hartanah China
Bank Rakyat China (PBOC) yang juga bank pusat China pada Sabtu menyatakan bahawa industri sewa rumah di China adalah arah tuju penting terhadap model pembangunan pasaran hartanah negara Tembok Besar pada masa depan.
Memetik laporan agensi berita Xinhua, industri hartanah di China turut dijangka akan mengalami permintaan mendadak dan penawaran yang stabil.
Menurut PBOC, berikutan terdapatnya perubahan mendalam dalam penawaran dan dinamik permintaan pasaran hartanah, skala perumahan sedia ada di China juga sudah disifatkan sebagai sangat besar.
“Melihat dari sudut permintaan, institusi pasaran mengunjurkan bahawa penduduk di China yang mempunyai keperluan untuk menyewa akan melebihi 200 juta, sementara potensi pasaran juga kelihatan agak besar,” kata ujar PBOC.
Tambah kenyataan bank pusat China itu lagi, permintaan semakin meningkat dalam kalangan kumpulan utama, termasuk graduan baharu kerja dan individu berpendapatan rendah dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Dari sudut penawaran pula, kemampanan komersial industri sewa rumah telah dipertingkatkan dalam beberapa tahun mutakhir ini susulan pemulihan nisbah sewa untuk dijual serta pengurangan kos pembiayaan dan kos pengoperasian.
Untuk rekod, menjelang bulan Jun lalu, institusi kewangan China telah mengeluarkan RMB24.7 bilion (RM17 bilion) untuk pinjaman sewa rumah dengan baki kemudahan pinjaman semula perumahan subsidi kerajaan berjumlah RMB12.1 bilion.
Bagi langkah seterusnya, PBOC memberitahu bahawa China akan menambah baik sistem sokongan kewangan untuk penyewaan rumah dan membantu pelaburan modal sosial ke dalam sektor itu.
- Jambatan Wanning: Tulang Belakang Paksi Tengah Beijing
- Melancong ke China: Bagaimana Pelancong Asing Melihat China
- Jalan Sutera Budaya | Menang-menang: Kisah Malaysia
- Bagaimana Warga Malaysia dan Indonesia Melihat China?
- Menara Suria Garam Lebur Serlahkan Industri Tenaga Hijau Xinjiang yang Pesat Berkembang di Hami