- Lain-lain
Rundingan Gencatan Senjata dan Penyelesaian Politik, Jalan Keluar Isu Israel-Palestin
Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Fu Cong menegaskan rundingan gencatan senjata dan penyelesaian politik adalah jalan keluar bagi isu antara Palestin dan Israel.
Berucap pada sesi terbuka Majlis Keselamatan mengenai isu Palestin-Israel pada Khamis, Fu berkata, penggunaan cara ketenteraan demi mencapai "kemenangan sepenuhnya" di kawasan Gaza tidak akan mewujudkan sebarang syarat bagi pembebasan tahanan, dan tidak akan membawa keamanan dan ketenteraman kepada Israel dan rantau berkenaan.
"Ia hanya akan mengorbankan lebih banyak nyawa yang tidak berdosa," kata Fu.
Beliau menyatakan bahawa masyarakat antarabangsa berulang kali mengeluarkan seruan untuk mewujudkan gencatan senjata dan menamatkan peperangan, manakala Perhimpunan Agung PBB, Majlis Keselamatan dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa juga membuat tuntutan yang jelas.
"Walau bagaimanapun, Israel tidak mempedulikan seruan dan tuntutan tersebut, tidak menunjukkan sebarang tanda untuk menghentikan operasi ketenteraan.
Beliau menegaskan bahawa isu kemanusiaan tidak boleh dipolitikkan, kelaparan tidak boleh digunakan sebagai senjata, dan nyawa rakyat jelata tidak boleh digunakan untuk tawar-menawar.
"China menggesa Israel dengan serta-merta menghentikan operasi ketenteraan, mengelakkan tindakan meruncingkan situasi, dan berhenti meletakkan halangan bagi gencatan senjata di Gaza," kata Fu.
- KBRI Jemput Warga China Rasa Keunikan Budaya Sempena Hari Kemerdekaan Indonesia
- Hari Ekologi Kebangsaan: Sekilas Pandang Panorama Alam Bak Lukisan China Nan Indah
- Jambatan Wanning: Tulang Belakang Paksi Tengah Beijing
- Melancong ke China: Bagaimana Pelancong Asing Melihat China
- Jalan Sutera Budaya | Menang-menang: Kisah Malaysia
- Segera Wujudkan Gencatan Senjata di Gaza dan Redakan Situasi Serantau - Wakil China
- UNSC Bersidang bagi Bincang Situasi Gaza
- China Kecam Serangan Israel terhadap Sekolah di Gaza
- Lebih 75,000 Warga Palestin Kehilangan Tempat Tinggal di Barat Daya Gaza
- China Ulangi Desakan Gencatan Senjata Serta-merta di Gaza
- China, Mesir Seru Sinergi Elak Situasi di Gaza daripada Meruncing
- Lubnan Tidak Mahu Tindakan Balasnya Cetuskan Perang
- China Kutuk Keras Pembunuhan Pemimpin Hamas Ismail Haniyeh
- Protes Konflik Gaza di Bangunan Capitol, 200 Ditahan
- Mesyuarat Tergempar UNSC Bincang Situasi Yaman