- Lain-lain
China Tetapkan Garis Panduan Terus Rancakkan Pembangunan Kawasan Barat
Biro Politik Pusat Parti Komunis China (PKC) telah mengadakan mesyuarat pada Jumaat untuk membahaskan sejumlah dasar dan langkah untuk terus merancakkan pembangunan di kawasan bahagian barat demi membentuk landskap yang baharu di negara ini.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping.
Mesyuarat tersebut menunjukkan bahawa perlunya memfokus kepada perlindungan alam, peningkatan tahap keterbukaan dan pembangunan yang berkualiti, mempercepat langkah dalam membentuk landskap pembangunan yang baharu, serta meningkatkan daya saing secara menyeluruh dan kemampuan melakukan pembangunan mampan, sepanjang proses memacu pembangunan di kawasan bahagian barat yang merupakan satu keputusan strategik yang dibuat Jawatankuasa Pusat PKC.
Yang juga ditekankan dalam mesyuarat itu melibatkan usaha untuk memperincikan pelaksanaan dasar pembaharuan, selanjutnya membebaskan dan merangsangkan kuasa produktif supaya dapat mencetuskan fenomena kemasyarakatan yang dinamik, terus mengembangkan industri dominan yang bercirikan tempatan di samping meningkatkan kemampuan dalam melakukan inovasi sains dan teknologi.
Pada masa yang sama, perlunya menggerakkan program penghijauan di kawasan bahagian barat, merancakkan pembangunan hijau dan karbon rendah, dan menggerakkan pembinaan pangkalan sumber tenaga yang bersih.
Selain itu, pembangunan desa secara menyeluruh dan perpaduan bangsa serta kestabilan kawasan sempadan juga dijadikan tumpuan dalam mesyuarat tersebut.
- Sekilas Pandang Pintu Sempadan di Seluruh China
- KBRI Jemput Warga China Rasa Keunikan Budaya Sempena Hari Kemerdekaan Indonesia
- Hari Ekologi Kebangsaan: Sekilas Pandang Panorama Alam Bak Lukisan China Nan Indah
- Jambatan Wanning: Tulang Belakang Paksi Tengah Beijing
- Melancong ke China: Bagaimana Pelancong Asing Melihat China
- Xinjiang Buka Lapangan Terbang ke-27
- Riang Ria di Taman Tema Air Chongqing
- AirAsia Sambung Semula Penerbangan ke Chongqing
- Hampir 1,000 Pengembala Sertai Acara Lumba Kuda di Sichuan
- Pembaharuan Bandar Beri Nafas Baharu Buat Chongqing
- Import Eksport Xinjiang Pecah 200 B pada H1
- Pelancong Kunjungi Kawasan Pemandangan Ukiran Batu Dazu di Chongqing
- Daya Saing Xinjiang di Mata Pelabur Asing
- Xinjiang Bersasar Terima Lebih Banyak Pelancong Tempatan dan Asing 2024
- Hab TIR Pertama di China Mula Beroperasi di Kashgar