99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

China Mahu Bersama ASEAN Optimumkan Peranan Platform CAEXPO

(CRI)Selasa 24 September 2024

China dan ASEAN telah merekodkan peningkatan 7.7 peratus dalam perdagangan bilateral yang mencecah USD552 bilion (RM2.3 trilion) pada Januari hingga Julai. Sementara itu, pelaburan langsung di luar pesisir (ODI) China terhadap ASEAN mencatat USD12.96 bilion (RM54.1 bilion), sedangkan pelaburan langsung asing (FDI) dari ASEAN ke China direkodkan USD7.3 bilion (RM30.5 bilion), masing-masing meningkat 15.3 peratus dan 14.1 peratus.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian dalam sidang akhbar pada Isnin.

Dimaklumkan, China merupakan rakan dagang terbesar bagi ASEAN sejak tahun 2009, dan tempoh masa empat tahun lalu telah menyaksikan kedua-dua pihak muncul sebagai rakan dagang terbesar antara satu sama lain.

Sehubung itu, China bersedia bersama dengan negara-negara ASEAN, mengoptimumkan peranan platform Ekspo China-ASEAN (CAEXPO), memanfaatkan momentum pembinaan Kawasan Perdagangan Bebas versi 3.0, mempertingkat perdagangan dan pelaburan antara satu sama lain, memperhebat kesalinghubungan rantaian pengeluaran dan pembekalan, bertindak pantas meneroka potensi kerjasama dalam pelbagai bidang demi situasi sama menang yang holistik, dan mendorong pembentukan Komuniti Berkongsi Nasib China-ASEAN yang lebih padu.

Menurut sidang taklimat CAEXPO ke-21 yang diadakan Isnin, terdapat lebih 800 dari lebih 2,000 pempamer, iaitu kira-kira 41 peratus dari keseluruhan, merupakan syarikat asing dengan kebanyakannya dari ASEAN.

Naib Ketua Setiausaha Sekretariat China-ASEAN, Zeng Zhong berkata, pameran kali ini dilengkapi zon seluas 200,000 meter persegi, dengan 30 peratus antaranya untuk pempamer asing khususnya yang dari negara ASEAN. Berbanding dengan semakin banyak jenama ASEAN yang kelihatan terlibat dalam CAEXPO 2024, sekretariat Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) dan Pertubuhan Pembangunan Industri Bangsa-bangsa Bersatu (UNIDO) dilaporkan membuat penampilan buat julung kalinya dalam temasya itu.

Untuk rekod, CAEXPO ke-21 yang dijadualkan di Nanning pada 24 hingga 28 September mengangkat tema "Galakkan Pembinaan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN edisi 3.0 dan Pertumbuhan Berkualiti Serantau". Malaysia sebagai negara tetamu kehormat akan mengadakan empat kegiatan yang merupakan komponen penting dalam siri aktiviti perayaan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Beijing dengan Kuala Lumpur.

Video

Berita Berkaitan