99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Pucuk Pimpinan PKC Buat Aturan Kerja Ekonomi

(CRI)Jumaat 27 September 2024

Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) bermesyuarat untuk meneliti situasi ekonomi semasa dan membuat aturan lanjut mengenai kerja ekonomi, pada Khamis.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC Xi Jinping.

Menurut mesyuarat berkenaan, sejak awal tahun ini, operasi ekonomi negara kekal mapan pada keseluruhannya, menyaksikan kuasa produktif kualiti baharu berkembang mantap dan jaminan kebajikan rakyat semakin kukuh.

Trend perkembangan ekonomi serta syarat kondusif antaranya pasaran yang luas, daya ketahanan yang kuat dan potensi yang besar kekal tidak berubah.

Mesyuarat itu menyebut, perlunya memperkenalkan undang-undang mengenai penggalakan ekonomi swasta bagi mewujudkan persekitaran kondusif untuk pembangunan sektor bukan awam.

Tumpuan turut diberikan kepada usaha menjamin pekerjaan membabitkan golongan seperti graduan, pekerja migran dan keluarga yang tiada mata pencarian.

Antara aspek lain yang diberi penekanan adalah memantapkan pengeluaran pertanian, meningkatkan pendapatan kaum tani, mengendalikan secara efisien aktiviti pengeluaran semasa musim luruh dan musim sejuk sekali gus memastikan keselamatan makanan.

Video

Berita Berkaitan