99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

China Beraksi Sokong "Selatan Global" Melalui GDI

(CRI)Jumaat 27 September 2024

Melalui usaha bersama pelbagai pihak, Inisiatif Pembangunan Global (GDI) anjuran Presiden China Xi Jinping telah berkembang menjadi satu konsensus antarabangsa, dan sebagai satu konsep kerjasama dapat diterjemahkan di tahap pelaksanaan dalam senario global. Ia juga boleh dilihat sebagai satu pakej penyelesaian yang bercirikan China bagi menyumbang kepada pelaksanaan Agenda Pembangunan Berterusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2030.

Demikian dinyatakan Menteri Luar China, Wang Yi ketika menghadiri majlis pelancaran "China Beraksi Sokong 'Selatan Global' melalui GDI" di ibu pejabat PBB di sini pada Rabu waktu tempatan.

Wang yang juga Ahli Biro Politik Pusat Parti Komunis China menunjukkan bahawa dalam tempoh tiga tahun lalu, pelbagai pihak telah berusaha mendorong dialog Selatan-Utara dan mengeratkan kerjasama Selatan-Selatan sehingga dapat melengkapkan mekanisme GDI melalui pembinaan dan membuahkan hasil demi manfaat "Selatan Global".

"Negara mana-mana pun tidak sepatutnya tercicir sepanjang proses modenisasi dunia. Menyokong pembangunan di negara "Selatan Global" merupakan satu keutamaan yang ditekankan GDI. China bersedia meningkatkan kerjasama dengan pelbagai pihak di bawah GDI, dan mempercepat langkah dalam melaksanakan Agenda Pembangunan Berterusan PBB 2030 supaya dapat menjadikan setiap negara dan setiap orang relevan dengan pencapaian modenisasi'" ujar Wang.

Turut hadir, Presiden Perhimpunan Agung PBB ke-79, Philémon Yang, Naib Setiausaha Agung PBB, Li Junhua, pegawai peringkat menteri dari lebih 20 buah negara seperti Laos, Kemboja, Ethiopia, Burundi, Uganda, Burkina Faso, Dominica dan Cuba.

Philémon Yang berkata, GDI anjuran China memperlihatkan peranannya sebagai peneraju di persada dunia, dan mendapat sokongan daripada banyak negara kerana membawa makna yang besar dalam membantu negara "Selatan Global" memperjuangkan matlamat pembangunan berterusan melalui pendekatan baharu.

Video

Berita Berkaitan