- Lain-lain
China Failkan Rayuan Berhubung Surcaj Kanada Terhadap Import EV
China telah memfailkan rayuan kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia terhadap amalan unilateralisme dan perlindungan perdagangan Kanada, bagi melancarkan siasatan anti-diskriminasi di sisi undang-undang terhadap langkah sekatan Kanada.
Jurucakap Kementerian Perdagangan China pada Selasa berkata sedemikian sebagai respons terhadap keputusan Kanada yang mengenakan cukai tambahan 100% ke atas kenderaan elektrik (EV) buatan China bermula pada 1 Oktober, serta akan mengenakan cukai tambahan 25% ke atas produk keluli dan aluminium yang diimport dari China bermula pada 22 Oktober.
Menurut jurucakap itu, China menolak dengan tegas tindakan pihak Kanada yang berulang kali mengambil langkah penindasan unilateral terhadap China tanpa mempedulikan hakikat sebenar dan mematuhi peraturan ekonomi dan perdagangan antarabangsa.
Tindakan Kanada tersebut dilihat melanggar prinsip ekonomi pasaran dan persaingan yang adil, menjadikan kerjasama perusahaan antara China dengan Kanada terjejas teruk dan memberi tempias besar kepada hubungan kedua-dua negara dalam bidang ekonomi dan perdagangan, selain mengganggu dan mengherotbenyotkan rantaian perindustrian dan bekalan global.
China akan mengambil segala tindakan wajar untuk memelihara hak dan kepentingan milik perusahaan domestiknya.
- Keputusan Siasatan EU ke atas Import BEV China Ditolak
- Dakwaan EU tentang Kes Siasatan Anti-subsidi terhadap BEV China Salah
- China Bantah EU Masukkan Syarikat China dalam Sekatan
- China Kritik Laporan AS Penuh Pembohongan
- China Kecam AS Kena Sekatan Ikut Dusta
- Tinjauan CGTN: Hampir 80 Peratus Kritik AS Pelaksana Sekatan
- AS Lambungkan Tarif Terhadap Produk Eksport China Dibantah Jerman
- China Bantah Keras Peningkatan Tarif oleh AS
- AS Tarik Balik Permit Sebahagian Syarikat Domestiknya Melibatkan Eksport Cip ke Huawei
- Lebihan Kapasiti, Helah Sama Diulang Lagi
- PM Malaysia Kritik 'China-phobia'
- AS Kena Sekatan Terhadap Syarikat Penerbangan Fly Baghdad
- Sekat Eksport Cip Amalan Membuli: MFA