- Lain-lain
Mainkan Kelebihan Macao, Integrasi dengan Pembangunan Negara - Kata Sam Hou Fai
Sam Hou Fai menang besar dalam pemilihan Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) Macao pada Ahad, dengan memperoleh 394 daripada kesemua 400 undi.
Beliau berkata, wilayah Macao akan terus memainkan enam kelebihannya dan dengan proaktif melibatkan diri dalam pembangunan negara.
Sam berkata, mengikuti arus pembangunan negara bukan sahaja kewajipan Macao, malah juga peluang bagi wilayah pentadbiran khas itu.
"Macao akan menggunakan enam kelebihannya daripada sistem 'satu negara, dua sistem', ruang pembangunan yang luas, suasana perniagaan antarabangsa yang bertaraf tinggi, asas ekonomi yang kukuh, budaya tempatan yang menggabungkan budaya tradisional dengan budaya Barat, dan semangat patriotik penduduk tempatan, supaya dengen lebih baik berintegrasi dengan pembangunan negara," kata Sam.