99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Genap Setahun HSR Jakarta-Bandung Beroperasi

(CRI)Jumaat 18 Oktober 2024

Landasan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung membantu menambah baik pengangkutan Indonesia dan merancakkan perjalanan antara bandar sepanjang rel itu sehingga mendapat sanjungan rakyat tempatan.

Demikian kata Menteri Pengangkutan Indonesia Budi Karya Sumadi dalam aktiviti meraikan genap setahun HSR itu beroperasi yang diadakan di Jakarta pada Khamis.

Beliau turut menyifatkan landasan kereta api berkenaan sebagai hasil usaha inovasi negara Tembok Besar.

Duta Besar China ke Indonesia Wang Lutong yang turut hadir aktiviti itu berkata, dengan menjadikan HSR Jakarta-Bandung sebagai penanda aras, China sudi memperkasa kerjasama bilateral dalam bidang lebih luas melibatkan peringkat lebih mendalam di bawah visi komuniti berkongsi nasib sesama negara.

HSR Jakarta-Bandung memulakan operasi secara rasmi pada 17 Oktober 2023, sekali gus menjadi rel seumpama yang pertama di rantau Asia Tenggara.

Landasan sepanjang 142.3 kilometer itu direka dengan kelajuan operasi maksimum 350 kilometer per jam.

Dalam tempoh setahun lalu, rel berkenaan menyaksikan aliran penumpang yang kian bertambah dengan jumlah kumulatif penumpang seramai 5.79 juta orang.

Video

Berita Berkaitan