- Lain-lain
Pengeluar Auto China Bantu Industri Kenderaan Thailand ke Arah EV
Kehadiran syarikat pengeluar automotif China di pasaran ASEAN akan membantu negara terbabit mewujudkan pemodenan rantaian perindustrian kenderaan.
Demikian kata Presiden Persatuan Kenderaan Elektrik Thailand (EVAT) Suroj Sangsanit dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.
Setakat Julai tahun ini, terdapat sekurang-kurangnya tujuh pengeluar auto China termasuk BYD, Great Wall, Changan dan Chery yang membina kilang di Thailand.
Dalam pada itu, jenama BYD menyiapkan kilang seluas hampir sejuta meter persegi di sebuah taman perindustrian di wilayah Rayong yang berjarak 185 kilometer dari Bangkok.
Suroj menyifatkan hal itu sebagai peluang besar bagi ASEAN, membolehkan perusahaan berkenaan menguasai teknik penghasilan komponen kenderaan elektrik (EV) yang berteknologi tinggi.
Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, Thailand memperkenalkan siri dasar untuk memacu perkembangan industri EV supaya mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil.
Statistik menunjukkan jumlah kenderaan elektrik berkuasa bateri berdaftar di Thailand mencapai kira-kira 76,000 unit pada 2023, iaitu 12 peratus keseluruhan kenderaan berdaftar di negara itu. Antaranya, jualan EV jenama China mencecah 61,000 unit.
- EV China Pamer Prestasi Cemerlang di Pasaran Indonesia
- Kereta Elektrik China Dapat Ribuan Tempahan Pada Pameran di Indonesia
- Kereta Api di Cenuram di Jiangxi Tawar Pengalaman Unik
- Penaja China Dialu-alu Euro 2024
- Inovasi dan Teknologi BYD Jadi Peneraju Masa Depan EV
- Kenderaan Elektrik China Suntik Semangat Baharu ke dalam Projek Hijau Pintar di Indonesia
- NEV China Pilihan Pemuda Melayu
- Jualan NEV China Catat 955,000 pada Mei
- China Umum Rancangan, Galakkan Penggunaan NEV di Desa
- EV China Tampil di Pameran Motor Antarabangsa Indonesia