- Lain-lain
Manfaatkan Strategi Pembangunan Negara, Promosi Modenisasi di Anhui - Tegas Xi
Presiden China Xi Jinping menegaskan bahawa provinsi Anhui harus melaksanakan falsafah pembangunan baharu dalam pelbagai aspek, memanfaatkan pelbagai strategi pembangunan negara supaya menulis bab Anhui dalam modenisasi ala China.
Beliau membuat penekanan tersebut ketika mengadakan tinjauan di Anhui, timur China pada Khamis hingga Jumaat lalu.
Xi mengingatkan provinsi itu supaya mempraktikkan semangat Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) dan Sidang Pleno ketiga Jawatankuasa Pusat ke-20 PKC, membina pusat inovasi sains dan teknologi, pangkalan industri baharu, dan menjadikan provinsi itu pusat pembaharuan dan pintu terbuka peringkat kebangsaan.
Selain itu, Xi juga menekankan bahawa Anhui perlu memperkasakan transformasi hijau dalam pembangunan sosioekonomi, dan mencapai kemajuan lebih besar dalam mengikuti situasi pembangunan negara, meningkatkan pembangunan bermutu tinggi, dan mempergiat pembangunan Anhui yang indah.
- Understanding China | Jalan pemodenan China berteraskan keharmonian manusia dan alam
- Understanding China | Pemodenan China demi kemakmuran bersama seluruh rakyat
- Understanding China | Jalan pemodenan China harmonikan tamadun material dan spiritual
- Malam Gala Raikan Ulang Tahun ke-70 Kor Pengeluaran dan Pembinaan Xinjiang
- Ulang Tahun ke-70 Kor Pengeluaran dan Pembinaan Xinjiang: Teruskan Perjuangan demi Modenisasi Ala China
- Lengkapkan Matlamat Modenisai Ala China dengan Memacu Pembangunan di Gansu
- Sesi Propaganda Huraikan Semangat Sidang Pleno Ketiga Jawatankuasa Pusat ke-20 PKC
- Pembaharuan Secara Komprehensif di China Bawa Peluang Baharu kepada Dunia
- PKC Buat Aturan Strategik Pemerkasaan Pembaharuan
- Sidang Pleno Ketiga Jawatankuasa Pusat ke-20 PKC Dirasmikan