- Lain-lain
Wang Yi Bertemu Presiden Majlis Perlembagaan Perancis
Menteri Luar China Wang Yi bertemu dengan Presiden Majlis Perlembagaan Perancis Laurent Fabius di Beijing pada Isnin.
Wang berkata China dan Perancis menegakkan kemandirian dan hal ini selaras dengan trend utama ke arah multipolarisasi serta bermanfaat kepada kedamaian dan kestabilan dunia.
Menurut beliau, kesulitan yang dialami hubungan ekonomi dan perdagangan China dengan Kesatuan Eropah (EU) tidak selaras dengan kepentingan kedua-dua pihak.
EU diharap mencari kaedah penyelesaian menerusi rundingan bersama China dengan mengambil kira kepentingan keseluruhan serta jangka panjang.
Fabius yang juga bekas perdana menteri berkata kemandirian serta usaha mengekalkan persahabatan dengan China merupakan tradisi diplomasi Perancis.
Beliau menambah Perancis sentiasa menolak amalan pemaksaan dan berpendirian konsisten untuk mencari penyelesaian melalui dialog dan perundingan.
Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak juga bertukar pendapat mengenai krisis Ukraine, usaha menangani perubahan iklim dan sebagainya.
- Perdagangan China-Perancis 2023, USD78.9 Bilion
- Persepakatan Beijing-Paris Cermin Keihsanan Manusia dan Keadilan
- Xi, Macron Adakan Perbincangan di Hautes-Pyrenees
- Xi Tiba di Tarbes
- China Komited Perkasa Kerjasama dengan Perancis - Presiden Xi
- China, Perancis Sedia Tingkatkan Kerjasama Komprehensif
- Peng Liyuan Melawat Muzium Orsay
- Xi, Macron Bertemu dengan Wartawan
- Xi, Macron Adakan Perbincangan
- Xi Berucap pada Majlis Penutupan Mesyuarat Majlis Perniagaan China-Perancis