99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Sidang Perkongsian Media di Guiyang Wadah Peserta Bertukar-tukar Pandangan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 23 Oktober 2024
Sidang Perkongsian Media di Guiyang Wadah Peserta Bertukar-tukar Pandangan
Sidang perkongsian media yang bertemakan provinsi Guizhou. (Foto/Liu Yang)

Sidang perkongsian media yang diadakan di Guiyang pada 22 Oktober, menjadi wadah untuk para peserta berkongsi pengalaman hidup, ciri-ciri budaya sendiri, serta pemerhatian dan pandangan sepanjang kunjungan di provinsi Guizhou.

Acara tersebut dihadiri 17 wartawan asing dari 15 negara Asia Pasifik bersama pegawai dari Jabatan Propaganda Jawatankuasa Parti Provinsi Guizhou serta jabatan pendidikan, jabatan ekologi dan alam sekitar, jabatan budaya dan pelancongan, dan biro data besar.

Bagi menyampaikan suara China dan cerita-cerita berkaitan Guizhou di pentas antarabangsa, People’s Daily Online pada 20 Oktober melancarkan program pertukaran persahabatan belia Jalur dan Laluan, dengan Guizhou sebagai tema aktiviti lawatan. Agenda lawatan tujuh hari itu membawa wartawan dari negara-negara Asia Pasifik termasuk Malaysia, Thailand dan Indonesia ke bandar Guiyang, kawasan Qiandongnan, dan juga bandar Bijie untuk menyaksikan sendiri pencapaian pembangunan provinsi Guizhou.

Saling belajar, pertukaran dan kerjasama antara tamadun telah menjadi tema bagi umat manusia sejak azali lagi. Sesi perkongsian kali ini bertujuan membina platform terbuka supaya Guizhou dan rantau Asia Pasifik dapat lebih saling memahami, berkongsi pengalaman dan menyuburkan persahabatan.

Pada sidang perkongsian tersebut, enam wakil media Asia Pasifik membuat pembentangan, menyentuh topik-topik seperti pembangunan desa, ekonomi digital, pembangunan tamadun ekologi, integrasi budaya dan pelancongan, serta pertukaran dan kerjasama pendidikan. Mereka turut mengutarakan visi dan cadangan mereka mengenai Guizhou, menjadikan sesi itu lebih kaya dan berdimensi.

“Guizhou ialah mikrokosme pembangunan China, yang membolehkan kita melihat keadaan dahulu, kini dan masa depan negara,” ujar Lu Yongzheng, Pengarah Jabatan Publisiti Jawatankuasa Parti Provinsi Guizhou.

“Komunikasi dan pertukaran secara muka ke muka memberikan kita peluang untuk lebih memahami Guizhou dan China,” katanya lagi.

Beliau berharap semua wartawan dapat menjadi pembina hubungan persahabatan, penggalak pembangunan bersama dan penyubur tamadun manusia, dan terus mencoret sejarah baharu komunikasi, pertukaran dan kerjasama antara satu sama lain.

Sidang perkongsian media yang bertemakan provinsi Guizhou. (Foto/Liu Yang)

Video

Berita Berkaitan