99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Rancakkan Landskap Pembangunan “Kerjasama BRICS Raya” - Xi

(CRI)Khamis 24 Oktober 2024
Rancakkan Landskap Pembangunan “Kerjasama BRICS Raya” - Xi

Presiden China, Xi Jinping menyeru negara-negara BRICS berusaha bersama menyasarkan pembangunan berkualiti tinggi dalam merancakkan landskap "Kerjasama BRICS Raya".

Xi membuat kenyataan itu ketika berucap pada Sidang Kemuncak BRICS ke-16 yang diadakan di Kazan, Rusia pada hari Rabu. Presiden Rusia, Vladimir Putin mempengerusikan sidang kemuncak itu.   

Ketika menyebut tentang pembangunan BRICS pada masa depan, Xi mencadangkan untuk membina BRICS yang komited terhadap keamanan dengan pelbagai pihak bertindak bersama sebagai pembela keselamatan.

"Negara-negara BRICS perlu berusaha untuk mendorong meredakan ketegangan dalam krisis Ukraine, selain menggalakkan gencatan senjata diwujudkan dengan segera di semenanjung Gaza bagi penyelesaian isu Palestin secara komprehensif, adil dan berkekalan," kata Xi.

Xi juga mencadangkan untuk menambah elemen inovatif dalam pembangunan BRICS.

"China mengalu-alukan pelbagai pihak giat meningkatkan penglibatan dalam Pusat Pembangunan dan Kerjasama Kecerdasan Buatan China-BRICS yang sudah kami tubuhkan baru-baru ini, beserta Pusat Penyelidikan Antarabangsa Sumber Laut Dalam BRICS, Pusat Kerjasama China mengenai Zon Ekonomi Khas BRICS, Pusat China untuk Keupayaan Perindustrian BRICS, dan Rangkaian Kerjasama Ekosistem Digital BRICS yang akan kami tubuhkan," kata beliau.

"Selain itu, kita perlu membina BRICS yang komited terhadap pembangunan hijau dengan bertindak sebagai pengamal pembangunan mampan, di samping membina BRICS yang menjunjung keadilan dengan bertindak sebagai peneraju dalam pembaharuan tadbir urus global," tambah Xi.

Xi juga mencadangkan untuk membina BRICS yang mementingkan pertukaran sosiobudaya.

"Inisiatif berhubung kerjasama pendidikan digital BRICS yang dikemukakan China mula dilaksanakan melalui program pembangunan keupayaan dalam bidang pendidikan digital BRICS.

"Sebanyak 10 pusat pembelajaran akan dibuka di negara-negara BRICS dalam tempoh lima tahun akan datang untuk menyediakan peluang latihan kepada 1,000 pentadbir pendidikan, guru dan pelajar tempatan," kata beliau.

Presiden Xi pada akhirnya menegaskan, China komited bekerjasama dengan negara-negara BRICS untuk menyasarkan pembangunan berkualiti tinggi dalam meneroka landskap "Kerjasama BRICS Raya", yang dipercayai kondusif bagi pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Sementara itu, para hadirin bertukar-tukar pandangan secara mendalam mengenai kerjasama BRICS dan isu-isu antarabangsa utama yang melibatkan kepentingan bersama dengan berfokus kepada tema "Kukuhkan Multilateralisme demi Pembangunan dan Keselamatan Global yang Adil".

Deklarasi Kazan Sidang Kemuncak BRICS ke-16 yang diumumkan kemudian telah menyebut bahawa akan menyediakan tawaran kepada negara-negara yang berminat mahu memohon sebagai rakan kongsi blok itu.

Turut hadir secara fizikal, Presiden Mesir, Abdel-Fattah al-Sisi, Perdana Menteri Ethiopia, Abiy Ahmed, Perdana Menteri India, Narendra Modi, Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa, Presiden Emiriah Arab Bersatu, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, dan yang secara maya Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva.

Video

Berita Berkaitan