- Lain-lain
Tinjauan: China Pasaran Bebas yang Berdaya Saing
Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) edisi ketujuh yang berlangsung di Shanghai menyaksikan banyak rekod baharu dicatat dengan penyertaan sebanyak 3,496 pempamer dari 129 negara dan wilayah, antaranya 297 syarikat tersenarai dalam Fortune Global 500 dan syarikat peneraju sektor berkenaan.
Satu tinjauan pendapat umum membabitkan 33,858 warganet seluruh dunia yang dijalankan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) mendapati 67 peratus responden melihat China sebagai pasaran bebas yang terbuka dan berdaya saing.
Dalam tinjauan itu, 77.5 peratus responden menganggap iklim perniagaan China mempunyai daya tarikan bagi pelabur, sementara 73.9 peratus menyokong negara sendiri serta syarikat domestik mengambil bahagian dalam program kerjasama antarabangsa yang diajukan China.
Sebanyak 78.5 peratus responden pula berpendapat negara sendiri mendapat manfaat daripada perdagangan dengan negara Tembok Besar.
Hasil tinjauan juga menunjukkan 84.3 peratus responden menyifatkan China berperanan penting dalam menjamin kestabilan rantaian perindustrian dan bekalan global.
- Lingkungan Sahabat CIIE Makin Luas
- Ekspo Import Antarabangsa China ke-7 Buka Tirai di Shanghai
- Bilangan Pempamer CIIE ke-7 Catat Rekod Baharu
- PM Li Bersimposium Bersama Wakil Pempamer CIIE
- CIIE Ke-7 Sedia Buka Tirai
- Stesen Kereta Api Shanghai Sediakan Ruang Perkhidmatan Untuk CIIE ke-7
- PM Li Bakal Hadiri Majlis Perasmian CIIE ke-7
- Kongsi Peluang dari Pasaran China melalui CIIE
- Shanghai Siap Sedia untuk CIIE Ke-7
- CIIE ke-7 Berlangsung di Shanghai Bulan Depan