99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Presiden Xi Bertemu PM Anwar

(CRI)Khamis 07 November 2024
Presiden Xi Bertemu PM Anwar

China dan Malaysia harus mengambil peluang ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara pada tahun ini untuk memajukan hubungan dua hala dan mempergiat pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Malaysia.

Presiden China Xi Jinping berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim di Beijing, pada Khamis.

Xi berkata China dan Malaysia adalah jiran baik, sahabat baik dan rakan baik.

Sejak lawatan sulung Perdana Menteri Anwar ke China pada Mac tahun lalu, menurut Xi, kedua-dua negara ini telah mengekalkan interaksi dan pertukaran yang erat di pelbagai peringkat, di samping mempergiat kerjasama saling untung dalam pelbagai bidang, sehingga memberikan kebaikan kepada rakyat kedua-dua negara.

Presiden Xi menegaskan bahawa China dan Malaysia harus mengembangkan perkongsian strategik bertaraf tinggi, mengekalkan pertukaran lawatan peringkat tinggi, meningkatkan perkongsian pengalaman dalam tadbir urus negara, meningkatkan kesalingpercayaan politik, dan saling menyokong dalam isu yang berkaitan dengan kepentingan teras dan keprihatinan masing-masing.

Xi menekankan bahawa China menyokong Malaysia sebagai negara pengerusi ASEAN pada tahun depan, dan menyokong peranan pusat ASEAN di rantau ini.

Anwar pula menyatakan bahawa kerajaan Malaysia komited untuk memperkasakan perkongsian strategik komprehensif dengan China, dan bersedia meningkatkan kerjasama dengan China dalam bidang teknologi maklumat, ekonomi digital, tenaga dan lain-lain.

Beliau berkata pihak Malaysia kagum dengan pencapaian China dalam bidang pembasmian kemiskinan, dan ingin belajar dengan China dalam tadbir urus negara.

Anwar menyatakan bahawa Malaysia dan China mempunyai pandangan dan pendirian yang serupa dalam banyak isu antarabangsa. Malaysia bersedia meningkatkan koordinasi dengan China dalam kerangka pelbagai hala demi memelihara keamanan, kestabilan, pembangunan dan kemakmuran serantau.

Video

Berita Berkaitan