- Lain-lain
Hubungan Malaysia-China Kini Pada Tahap Terbaik, Gastronomi Jadi Penghubung Budaya
Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Norman Muhamad menyifatkan hubungan antara Malaysia dan China kini berada pada tahap terbaik sejak penjalinan hubungan diplomatik pada 50 tahun dahulu.
Beliau berkata, hubungan mesra dan matang antara kedua-dua negara disokong oleh kerjasama erat pemimpin yang saling memahami serta berusaha mengatasi cabaran secara bersama.
Norman turut menzahirkan keyakinannya bahawa China yang ketika ini merupakan rakan dagang terbesar Malaysia selama 15 tahun itu akan meneruskan status itu pada tahun depan, sekali gus menjadi rakan dagang terbesar selama 16 tahun berturut-turut.
Beliau berkata demikian selepas sidang media program Festival Gastronomi Malaysia di Beijing, ibu negara China, pada Selasa.
Datuk Norman Muhamad (paling kanan) sedang memperkenalkan sajian hidangan Malaysia kepada Duta Besar Brunei ke China (tengah) dan Duta Besar Indonesia ke China (paling kiri) program Festival Gastronomi Malaysia di Beijing, ibu negara China, pada Selasa. (Wang Jing/People’s Daily Online)
Festival yang pertama kali seumpanya diadakan itu telah menghimpunkan pelbagai jenis makanan, budaya dan warisan Malaysia.
Melihat kepada sambutan yang menggalakkan, Norman berpendapat bahawa aspek gastronomi adalah wadah berkesan dalam mempromosi kebudayaan Malayia di China.
Duta Besar Indonesia ke China, Djauhari Oratmangun sedang mencuba membuat teh tarik, minuman pengenalan Malaysia semasa program Festival Gastronomi Malaysia di Beijing, ibu negara China, pada Selasa. (Wang Jing/People’s Daily Online)
Beliau turut menyatakan bahawa pihaknya telah merencanakan untuk mengadakan banyak lagi program pada tahun depan, termasuk tayangan filem dan pertunjukan seni.
“Kita akan diadakan lagi (program Festival Gastronomi Malaysia) pada tahun depan, tapi dengan konsep berbeza sedikit dan dengan lebih banyak masakan, (termasuk) asmilasi makanan yang telah melalui cita rasa masyarakat China yang juga satu aspek diplomasi budaya,” ujar Duta Besar itu lagi.
Hidangan Malaysia yang disajikan di Festival Gastronomi Malaysia di Beijing, pada Selasa. (People's Daily Online/Wang Jing)
Aneka juadah Malaysia yang disajikan di Festival Gastronomi Malaysia di Beijing, pada Selasa. (People's Daily Online/Yang Chunyan)
- Guizhou Warna-warni, Jendela Media Asia Pasifik Intai Peluang di China
- Sekilas Teknologi AI yang Dipamerkan pada CIIE ke-7
- Understanding China | Bagaimanakah China, dengan populasinya yang besar, dapat merealisasikan pemodenan?
- Understanding China | Jalan pemodenan China berteraskan keharmonian manusia dan alam
- Jalan-jalan Bandar: Menelusuri Jalan Kebudayaan Purba Tianjin
- Pembinaan Komuniti Kongsi Masa Depan Malaysia-China Memuncak?- wawancara bersama PM Anwar Ibrahim
- Syarikat Malaysia Perlu Manfaatkan CIIE Untuk Kembangkan Pasaran Ke China - CEO MATRADE
- China, Malaysia Sepakat Promosi Kerjasama Maritim
- Dua Kapal Tentera Laut China Melawat Malaysia
- Malaysia Mahu Terokai Lagi Teknologi Baru Muncul di China: Menteri
- Dialog Kerajaan Malaysia, CEO China Diadakan di Nanning
- Sesi Pemadanan Perniagaan B2B China-Malaysia Saksi Terjalinnya Kerjasama Import dan Eksport Durian
- Mengapa Pelajar Malaysia Pilih Universiti China?
- Malaysia Komited Promosi Pendidikan Secara Lebih Efisien pada CAECW Tahun Depan
- Tianjin Sambut Buah Nangka dari Malaysia