99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Wang Yi Bertemu Menteri Luar Rusia

(CRI)Selasa 19 November 2024

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Menteri Luar Wang Yi bertemu dengan Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov di Rio de Janeiro, Brazil pada Isnin.

Wang berkata China dan Rusia harus bersama rakan BRICS melaksanakan hasil dicapai Sidang Kemuncak BRICS di Kazan, mengukuhkan mekanisme BRICS, mempertingkat pengaruh Selatan Global dan berperanan lebih besar dalam menggerakkan multipolarisasi dunia.

Menurut beliau, China sudah mengambil alih jawatan negara pengerusi Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) dan bersedia mengeratkan koordinasi dengan Rusia untuk mendorong SCO mencapai kemajuan lebih besar.

Tahun depan menandakan ulang tahun ke-80 kemenangan Perang Anti-Fasis Dunia.

Wang berkata dua negara harus bersama-sama menjayakan aktiviti berkenaan sebagai mempertahankan hasil kemenangan Perang Dunia II serta keadilan antarabangsa.

Lavrov menyifatkan hubungan Rusia-China berada pada tahap yang tidak pernah dicapai pada masa dahulu, sambil menyatakan pemimpin dua negara mengekalkan komunikasi erat dan merangka matlamat kerjasama baharu.

Menurut beliau, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merupakan antara hasil terpenting kemenangan Perang Dunia II.

Masyarakat antarabangsa hendaklah mengambil peluang ini untuk menentang cubaan menjejaskan order antarabangsa pasca perang, di samping bersama-sama memelihara kedamaian dan kestabilan dunia.

Kedua-dua pihak juga bertukar-tukar pendapat mengenai krisis Ukraine, situasi Semenanjung Korea dan sebagainya.

Video

Berita Berkaitan