- Lain-lain
Lawatan Xi Perlihat Taraf Tinggi Hubungan China-Kazakhstan (2)
Presiden China, Xi Jinping mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev di Nur-Sultan semalam.
Xi dalam rundingan itu berkata lawatan ke Kazakhstan merupakan yang pertama dibuat beliau ke luar negara sejak tercetusnya wabak COVID-19. Ia sekali gus memperlihatkan betapa tingginya taraf serta keistimewaan hubungan China-Kazakhstan.
Beliau berkata, Kazakhstan merupakan negara yang mempunyai pengaruh penting di rantau Eurasia. Walau apa pun perubahan yang berlaku pada situasi antarabangsa, China sentiasa teguh menyokong usaha Kazakhstan dalam memelihara kemerdekaan, kedaulatan dan keutuhan wilayah.
Beliau turut menzahirkan sokongan kepada langkah pembaharuan yang dilaksanakan Presiden Tokayev untuk memelihara kestabilan dan pembangunan negara.
Presiden Xi juga menerima Pingat Helang Emas yang dianugerahkan Presiden Tokayev dalam upacara yang diadakan di Istana Presiden Ak Orda.
Pingat itu merupakan penghormatan tertinggi Kazakhstan kepada tokoh-tokoh yang memberi sumbangan penting terhadap pembangunan negara itu, termasuk pemimpin asing yang menyumbang kepada perkembangan hubungan persahabatan dengan Kazakhstan.