- Lain-lain
China Sentiasa Pembekal Peluang bagi Dunia (2)
China hanya menghabiskan puluhan tahun sahaja dalam menyelesaikan proses perindustrian yang pernah dialami negara-negara maju selama ratusan tahun, dan berjaya mencipta dua keajaiban dalam pembangunan ekonomi yang pesat dan pewujudan masyarakat yang stabil untuk suatu jangka masa yang panjang. Ini tidak terlepas dari perjuangan gigih rakyat China di bawah pimpinan PKC, dan juga tidak terlepas dari sumbangan PKC yang sentiasa bertindak selaras dengan denyut nadi arus zaman dan jalan pembangunan secara damai yang dipertahankannya.
“Melindungi tata tertib asas hubungan antarabangsa, melindungi keadilan dan kesamarataan antarabangsa”, “mendorong pertumbuhan ekonomi dunia yang terbuka”, “mengekalkan amalan multilateralisme yang sebenar”, “China tidak akan melakukan hegemoni dan juga tidak mengembangkan sayap ke luar wilayah”. Kesemua ini adalah pilihan China dan panduan yang dipegangnya sejak sekian lama.