99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Ekonomi Digital, Pemacu Baharu Pemulihan Ekonomi Dunia

(CRI)Jumaat 11 November 2022

Kebanyakan individu pastinya akan membayangkan Wuzhen, kawasan di bandar Jiaxing, provinsi Zhejiang, sebagai tempat pelancongan yang merupakan peninggalan sejarah dan budaya terkenal di China.

Pada 2014, Wuzhen dijadikan sebagai lokasi tetap Persidangan Internet Dunia (WIC).

Sidang Kemuncak Wuzhen WIC 2022 baru-baru ini berlangsung di sini, dengan bertemakan "Bersama-sama Cipta Masa Depan Digital dalam Dunia Tersambung, Bekerjasama Bina Komuniti Berkongsi Nasib Ruang Siber".

Sidang edisi kali ini merupakan sidang tahunan pertama sejak tertubuhnya organisasi antarabangsa WIC dan ia disertai kira-kira 2,000 wakil dari lebih 120 negara dan kawasan secara dalam dan luar talian.

Difahamkan, pelbagai hasil terkini telah dipaparkan termasuk perkembangan teknologi Internet, hasil sains dan teknologi canggih, kecerdasan buatan (AI), metaverse, data raya, keselamatan siber serta produk terbaharu.

Menurut data laporan sidang itu, skala ekonomi digital China mencecah RMB45.5 trilion (RM29.43 trilioin) pada 2021, menduduki 39.8 peratus daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara ini.

Pada masa sama, skala nilai tambahan ekonomi digital terhadap 47 negara di dunia mencecah USD38.1 trilion, meningkat 15.6 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya, menduduki 45 peratus daripada KDNK dunia.

Ia sekali gus menyaksikan bahawa ekonomi digital berjaya menyuntik kedinamikan kepada pertumbuhan ekonomi global dan menjadi pemacu penting bagi pemulihan ekonomi dunia.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan