- Lain-lain
Kembangkan Ekonomi Digital, Bawa Manfaat kepada Rakyat Dunia: Xi
Sidang Kemuncak ke-17 Kumpulan 20 (G20) terus diadakan di Bali, Indonesia hari ini.
Presiden China, Xi Jinping ketika menyampaikan ucapan tentang transformasi digital berkata, skala ekonomi digital kian besar, transformasi digital sejagat dipercepat dan menjadi elemen penting yang mempengaruhi pola ekonomi dunia.
Sidang Kemuncak G20 di Hangzhou anjuran China buat kali pertama memasukkan ekonomi digital ke dalam agenda perbincangan G20 dan menganjurkan untuk membaharui cara pembangunan dan meneroka penggerak pertumbuhan.
Pada beberapa tahun kebelakangan ini, G20 mencapai pelbagai konsensus dalam bidang transformasi digital dan pembangunan ekonomi digital serta memperkasakan lebih banyak kerjasama. Beliau berharap pihak-pihak berkenaan agar memperkasakan kedinamikan kerjasama digital supaya memberi limpahan manfaat kepada rakyat pelbagai negara.
Xi Jinping dan isterinya, Peng Liyuan telah menghadiri jamuan makan malam untuk sidang kemuncak G20 yang dianjurkan oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo dan isterinya, Iriana pada Selasa malam.
- G20 Perlu Galas Tanggungjawab, Perjuangkan Pembangunan Global: Xi
- Li Keqing Temui Ketua Urusan IMF
- Ekonomi Digital, Pemacu Baharu Pemulihan Ekonomi Dunia
- China akan Sumbang Lebih Banyak Tenaga Positif kepada Pertumbuhan Ekonomi Dunia
- Jokowi Seru Kukuh Kerjasama Pacu Pemulihan Ekonomi
- Ekonomi China, Enjin Penting Pertumbuhan Ekonomi Dunia
- Usaha Sama BRI Suntik Tenaga Positif kepada Pemulihan Ekonomi Dunia