- Lain-lain
Xi Arah Usaha Habis-Habisan Selamatkan Mangsa Kebakaran Kilang Anyang
Presiden China, Xi Jinping mengarahkan usaha habis-habisan dilakukan untuk menyelamatkan dan merawat mangsa cedera akibat insiden kebakaran yang berlaku di sebuah kilang di bandar Anyang, provinsi Henan pada Isnin.
Sejurus selepas kejadian itu, Xi turut memberi perintah supaya nyawa rakyat sentiasa didahulukan.
Setakat ini, seramai 38 orang maut dan dua lagi dilaporkan cedera susulan kebakaran yang berlaku di kilang sebuah syarikat perdagangan tempatan pada kira-kira pukul 4.00 petang.
Xi turut menyuruh siasatan digerakkan bagi mengenal pasti punca kejadian, di samping memastikan individu yang didapati bersalah dijatuhkan hukuman mengikut undang-undang.
Operasi menyelamat di lokasi kejadian, rawatan mangsa cedera dan siasatan punca kemalangan sedang giat dijalankan secara teratur.