- Lain-lain
China Bantah Keras Hubungan Ketenteraan AS dengan Taiwan
China membantah keras hubungan ketenteraan antara Amerika Syarikat (AS) dengan Taiwan, serta kelakuan negara itu menjual senjata kepada Taiwan.
Bantahan itu disuarakan menerusi jurucakap Kementerian Pertahanan Wu Qian dalam sesi taklimat pada Khamis, sebagai respons terhadap kandungan berkaitan Taiwan yang disebut dalam laporan tahunan Suruhanjaya Kajian Ekonomi dan Keselamatan AS-China di bawah Kongres AS.
Wu menegaskan bahawa Taiwan merupakan sebahagian wilayah yang tidak boleh dipisahkan dari China. Sebarang tingkah laku yang cuba mengukuhkan hubungan ketenteraan AS-Taiwan hanyalah angan-angan.
"Kelakuan seumpama adalah campur tangan terhadap urusan dalaman China, serta membelakangi komitmen yang dibuat AS sebelum ini.
"AS diharap melaksanakan sepenuhnya janji yang dibuat Presiden Joe Biden iaitu tidak menyokong 'kemerdekaan Taiwan' dan tiada niat untuk berkonflik dengan China,” ujar beliau.