- Lain-lain
Forum Pembangunan Sains dan Teknologi Dunia ke-4 Dirasmikan (3)
Forum Pembangunan Sains dan Teknologi Dunia ke-4 yang bertemakan "Keterbukaan, Kepercayaan, dan Kerjasama" dirasmikan di Chengdu, provinsi Sichuan, China pada Ahad, dengan diserikan dengan kehadiran lebih daripada 300 pakar dan sarjana, perwakilan pertubuhan antarabangsa, dan usahawan termasuk tujuh pemenang Hadiah Nobel, dan lebih 60 ahli Akademi dari China dan luar negara.
Para hadirin dari lebih 20 negara dan wilayah tersebut membincangkan isu berhubung inovasi sains dan teknologi serta pembangunan mampan dalam bidang sains asas, perubahan iklim, ekonomi digital, dan inovasi hijau, di samping mengemukakan pakej penyelesaian yang inovatif dalam bidang sains dan teknologi bagi menghadapi cabaran arus zaman.
Presiden Akademi Sains China, Hou Jianguo dalam ucapannya berkata bahawa pihaknya berharap bekerjasama dengan lebih banyak institusi penyelidikan dan warga penyelidik negara lain untuk merintis jalan ke arah revolusi teknologi.
Forum ini dijangka akan membuat penyusunan terhadap “10 isu sains tahunan dalam pembangunan sosial manusia” serta mengumumkan “Cadangan Menggalakkan Pembangunan Mampan berteraskan Sains Asas” dan “10 teknologi baharu tahunan dalam sektor kimia”.