99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Barang Pos Tahun Arnab Dipamerkan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 28 November 2022
Barang Pos Tahun Arnab Dipamerkan
Setem Tahun Arnab yang direka oleh Huang Yongyu. [Foto disediakan kepada China Daily]

Poskad, setem, jongkong emas, syiling perak, sampul surat peringatan dan barang koleksi lain yang memaparkan rekaan Tahun Arnab telah dilancarkan bersama oleh China Post dan China Philatelic di Beijing.

Menurut zodiak kalendar tradisional Cina, tahun Arnab akan bermula pada 22 Januari, hari pertama Tahun Baharu Cina. Setiap tahun, China Post dan China Philatelic akan menawarkan satu siri produk kreatif, direka berdasarkan 12 haiwan zodiak mengikut turutan.

Antara yang paling menarik perhatian tahun ini termasuklah album setem yang dihasilkan dengan kerjasama Muzium Istana di Beijing. Album berkenaan mengandungi setem yang menggambarkan artifak bertemakan arnab dalam koleksi bekas Kota Larangan. Album lain mengandungi setem terpilih yang dikeluarkan oleh China Post sejak 1983 bagi menunjukkan perkembangan reka bentuk produk pos dan setem sepanjang empat dekad.

Setem zodiak akan diterbitkan setiap tahun pada 5 Januari. Sudah menjadi kelaziman bagi syarikat itu menjemput seorang artis untuk mereka bentuk dua keping setem zodiak. Pereka untuk Tahun Arnab ini ialah Huang Yongyu, 98, yang sebelum ini telah pun beberapa kali menyempurnakan tugas tersebut. Satu setem menunjukkan arnab biru memegang pensel dan sampul surat berserta teks yang menggambarkan harapan akan kebijaksanaan; satu lagi menunjukkan tiga ekor arnab berwarna putih, kuning dan biru muda berlari bersungguh-sungguh dalam bulatan dengan latar belakang merah menunjukkan lakaran lingkaran awan. Di tengah-tengahnya ialah Arnab Jed, peneman Chang'e, iaitu dewi bulan dalam mitologi China. Lukisan itu menonjolkan eliksir kehidupan di bawah pokok laurel ajaib.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan