- Lain-lain
Tuduhan Duta AS Penuh Pembohongan: MFA
Tuduhan Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke China, Nicholas Burns terhadap keadaan hak asasi China penuh dengan pembohongan dan prejudis, mencerminkan sifat negara itu yang angkuh dan hegemonik serta berkelakuan membuli.
Bidasan itu dikeluarkan jurucakap Kementerian Luar China (MFA), Wang Wenbin dalam taklimat media pada Isnin.
Menurutnya, kenyataan Duta AS itu turut memperlihatkan agenda politik untuk mencampuri urusan dalaman China dan menjejaskan pembangunan dan perpaduan kaum negara ini dengan mempergunakan isu hak asasi manusia.
“AS selalu menuding jari terhadap keadaan hak asasi negara lain, tetapi menutup mata kepada masalah di negaranya sendiri.
“AS menghadapi masalah serius termasuk rasisme sistemik, buruh paksaan, pencabulan hak pelarian, migran dan orang asli,” kata Wang.
Tambah beliau, AS juga bertindak membuli, mengenakan sekatan dan melancarkan serangan terhadap negara lain dengan dalih melindungi hak asasi sehingga membawa kepada kesengsaraan, kemerosotan ekonomi dan pergolakan masyarakat, sekali gus merosakkan perjuangan hak asasi di lingkungan sejagat.
Katanya, AS yang mempunyai begitu banyak rekod hitam tidak layak menggelar diri sebagai‘pengajar’dan juga tidak berhak menuding jari kepada negara lain.
- AS Harus Bertanggungjawab atas Kebuntuan Perjanjian Nuklear Iran
- Industri Senjata AS Dominasi Pasaran Dunia
- Akta Pengurangan Inflasi AS akan Burukkan Persaingan: Von der Leyen
- Akta AS, Punca Terjejas Perdagangan dan Pelaburan Antarabangsa
- AS Reka ‘Laporan Ketenteraan China’, Alasan untuk Kekalkan Hegemoninya
- Kapal Tentera AS Rempuh Perairan Kepulauan Nansha China
- AS Digesa Berhenti Politikkan Isu Ekonomi