99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Hebei Jadi Tuan Rumah Persidangan Warisan Budaya Tidak Ketara Tekstil China

(CRI)Selasa 13 Disember 2022
Hebei Jadi Tuan Rumah Persidangan Warisan Budaya Tidak Ketara Tekstil China

Persidangan Warisan Budaya Tidak Ketara Tekstil China ke-6 dijadualkan berlangsung selama tiga hari di provinsi Hebei mulai 26 Disember nanti.

Bertemakan “membentuk lingkaran ekologi pembangunan bandar dan luar bandar secara bergabungan yang melibatkan sektor warisan budaya tidak ketara tekstil”, beberapa siri aktiviti termasuk pameran produk warisan tekstil kreatif China dan forum akan turut dijalankan pada persidangan itu.

Menurut penganjur, pembinaan mekanisme perhubungan antara sumber warisan tekstil di desa dengan industri tekstil moden dan pasaran di bandar adalah perlu supaya warisan teknik tekstil memainkan peranan penting dalam merancakkan pembangunan desa yang menyeluruh.

Persidangan yang diadakan buat pertama kalinya pada tahun 2017 ini merupakan platform peringkat tertinggi dalam bidang mewarisi dan mengembangkan warisan tekstil serta pertukaran hasilannya di China.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan