- Lain-lain
Penghargaan Positif terhadap Peranan Pengerusi China dalam COP15 CBD
Kerangka Kepelbagaian Biologi Global Kunming-Montreal telah dicapai dalam Mesyuarat fasa kedua Persidangan Pelbagai Pihak Ke-15 (COP15) Konvensyen Diversiti Biologi (CBD) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin, yang dilihat sebagai satu cetak biru yang baharu bagi tadbir urus kepelbagaian biologi global menjelang tahun 2030 bahkan untuk suatu jangka masa yang lebih panjang. Dalam proses itu, China yang berperanan sebagai negara pengerusi dalam menyelaraskan pelbagai pihak sehingga tercapainya kerangka itu mendapat penghargaan positif.
Perunding Kanan Diversiti Biologi dan Iklim Mexico, Kamira Cepeda berkata, pakej penyelesaian yang dibekalkan China bersifat seimbang, berambisi dan boleh dilaksanakan. Hasilan yang tercapai dalam mesyuarat itu adalah luar jangkaan Mexico.
Perunding Malawi, Martha Mfaso Karumba berkata, China sedaya upaya memperjuangkan satu pencapaian yang boleh diterima semua pihak.
Pesuruhanjaya Kesatuan Eropah yang bertanggungjawab terhadap persekitaran, maritim dan perikanan, Virginius Sinkvicius menghargai peranan kunci yang dimainkan China dan menyifatkan tercapainya kerangka itu selangkah yang signifikan dalam sejarah.
- Ucapan Xi Sempena COP15 Dapat Pujian
- Harap GBF Pasca 2020 Dimuktamad Secepat Mungkin
- Ganding Bahu Dorong Simbiosis Manusia dan Alam: Xi
- Fasa Kedua COP15 Capai Kemajuan Positif
- Xi Bakal Berucap pada Perasmian Segmen Peringkat Tinggi Fasa 2 COP15
- COP15 di Montreal Tumpukan Pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib Hidupan di Bumi